Akhir akhir ni terperasan trend make up bibir style korean gradient lips atau nama lain di panggil ombre lips. Malah jadi trend di seluruh Asia. Ye lah kan, kalau trend korea tak sah kalau tak nampak cantik sebab mereka make up macam mana pun tetap nampak natural. Itu dari segi teknik make up mereka.
Suka pulak dengan style korean gradient lips ni sebab nampak fresh dan nampak natural. Cara untuk buat style ni mudah je dan ada pelbagai cara. Ada yang guna lipstick atau yang guna lips tint untuk bahagian tengah. Untuk bahagian atas dan bawah ada yang guna nude lipstick, concealer ataupun foundation. Ikut mana yang ada dalam koleksi make up korang lah ye. Yang penting hasilnya cantik.
Kredit foto : google |
Untuk lebih mudah lagi, boleh tengok Video Tutorial 5 Ways To Get Korean Gradient Lips