Lagu Faizal Tahir nyanyi mana pernah tak sedap di dengar. Semua best! Tersuka dengan lagu "Sayang"ciptaan Faizal sendiri yang lebih kepada menceritakan kasih sayang antara dia dan anak anak. Lagi sweet tengok keakraban mereka sekeluarga dalam Official Music Video Sayang.
Penyanyi Faizal Tahir berkata lagu baharu berjudul Sayang adalah berkisar tentang pengalaman yang dilalui ketika anak perempuannya Siti Rawdha Nur Jannah, 4, mengalami demam virus beberapa bulan lalu.
Faizal, 37, berkata, dia mendapat inspirasi tersebut bagi berkongsi perasaan ketika melihat kesakitan yang ditanggung oleh anaknya selama empat hari ditahan di sebuah pusat perubatan, dekat sini.
"Saya menulis lagu ini beberapa bulan yang lepas ketika anak perempuan saya dimasukkan ke hospital kerana demam virus yang sangat teruk.
"Dia dimasukkan ke wad selama empat hari. Ia adalah satu pengalaman yang sangat menyedihkan apabila melihat dia begitu sakit. Setiap malam saya akan beritahu dia untuk menjadi kuat dan memujuknya untuk tidur supaya esok dia akan berasa lebih baik," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu kata Faizal, dia mengambil keputusan untuk melancarkan single tersebut selepas isterinya Siti Raihanim Noran melahirkan anak keenam mereka yang diberi nama Khalid Al-Walid Ahmad Faizal pada 25 Oktober lalu.
Faizal juga menganggap lagu ini mempunyai nilai sentimental yang amat kuat pada dirinya.
"Saya benar-benar tidak merancang ini akan berlaku sama sekali dan tidak menyangka isteri saya melahirkan cahaya mata kami yang terbaru pada masa yang sama lagu ini disiapkan.
"Secara jujurnya saya tidak mempercayai kepada suatu kebetulan, saya hanya percaya kepada tuhan yang mempunyai rancangan sendiri" ujarnya.
Sementara itu, Faizal berkata, bait-bait lirik yang ditulis di dalam lagu Sayang ini juga menggambarkan betapa dalam perasaan cinta terhadap anak-anaknya.
Faizal berkahwin dengan Siti Raihanim Noran, lebih 10 tahun lalu dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 10, Siti Raudhah Nur Iman, 8, Ahmad Rifa’ie Zidane, 7, Siti Rawdha Nur Jannah, 4, Siti Nawar Malaeka, 2, dan Khalid Al-Walid yang berusia 2 minggu.-sumber dari mstar.com.my
Lirik Lagu Sayang – Faizal Tahir
Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu
Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu
Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah
Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang
Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap air matamu hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu
Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu
Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah
Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang
Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang sayang
Sayang
Oh sayang tidur saja sayang
Lupakan saja semalam
Kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang
Sayang tidur saja sayang