Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Fasa Kedua Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

$
0
0
Ephyra serlahkan kejelitaan sebenar anda.Percaya tak?Perempuan mana yang tak nak kulit cantik dan sihat.Dan setiap orang mesti ada masalah kulit tersendiri.Kulit Fiza ni pulak jenis sensitif tak bertempat.Kejap okay kejap KO.Maksudnya ikut mood dan hormon.Susah betul nak menjaga =__='.Alhamdulillah tahun lepas di beri kesempatan dan rezeki menang 1 kotak Ephyra 30 sachets bernilai RM197 giveaway dari Blogger Mialiana.com dan oceanlife2u.com.

Mood Happy bila Ephyra sampai 
Sebelum consume amek mood Duta Ephyra dulu.Tiru gaya memey..hehe..menjadi ke tidak?Kotlah boleh dapat kulit cantik macam dia kan.

Lepas dapat terus buat sessi photoshoot.Tak pepasal husband kena jadi photographer terjun kan.First day dapat malam tu terus consume as first day bersama Ephyra.Untuk fasa ke dua ni Fiza akan share hari² Fiza bersama Ephyra dari segi dalaman dan luaran sebelum dan selepas.

Dalaman,Sebelum | Fiza ni jenis mudah penat mungkin sebab kenaikan berat badan dan kurang bersenam,mungkin.Seharian pulak kerjanya menghadap lappy dan masa lebih banyak duduk.Bila buat kerja mudah sangat sakit² sendi.Sakit pinggang lah,kejanglah..Dah macam orang tua pulak kan.Selera makan pulak kadang² tak menentu.Kalau masa lapar tu,memang banyak makanlah jawabnya.Suka pulak tu minum air manis²,nak minum air putih memang jarang sangat.Dah tu pulak sistem perhadaman dan perlawasan ni kurang.Banyak pulak masalah yang ada kan.

Luaran,Sebelum | Boleh refer pada gambar bawah ni.Kulit jenis sensitif memang bermasalah sangat.Memang kurang confident bila nak keluar rumah.Kulit pulak jenis cepat berminyak sebab cepat berpeluh.Eye bag jangan cakaplah,jenis tak cukup tidur.Jerawat pulak ikut mood jugak nak keluar.


Dalaman,Selepas | Hari pertama Fiza minum Ephyra sebelum tidur.Keesokkan hari Fiza rasa macam kerap masuk toilet pulak.Memang melawas habis ni.Dapat jugaklah kawal berat badan kan.10 hari pertama Fiza consume sebelum tidur.10 hari berikutnya Fiza cuba minum sebelum breakfast pulak.Yang bestnya bila minum waktu sebelum breakfast ni akan rasa cepat kenyang.Bila nak breakfast,terus hilang selera nak makan sebab rasa kenyang ya amat.Kadang² tu breakfast lambat sikit.Dalam masa beberapa hari rasa sakit² sendi sakit² pinggang mula okay.Lebih bertenaga la  nak buat kerja.Kalau tak asyik rasa penat dan mengadu sakit je.

Luaran,Selepas | Bangun pagi lepas mandi terus terjah cermin.Excited nak tengok perubahan kot la ada.Eh,ada la...kulit rasa lembap,lembut dan tegang.Hari kedua teruja sebab dah nampak flawless dan cerah sikit².Kulit muka kurang berminyak dan jerawat mula mengecut.Tona kulit pun makin sekata.Yang lain² boleh refer gambar bawah.Bab luaran ni maybe ambil masa untuk pulih sempurna.Bila kulit makin sihat,bertambah happy dan terus confident habis nak bersua muka dengan orang lain.

Apa lagi yang best tentang Ephyra ni?Mestilah rasa jus segar yang sedap! Fiza mengamalkan rasa original tak campur dengan perasa lain.Sebab rasa original pun dah cukup sedap.Ephyra berbentuk sachet ni sangat memudahkan untuk travel.Selama balik kampung,travel tak pernah tinggal,Lagipun sachet kecil tu boleh selit kat mana² dalam handbag pun.Sangat mudah dengan Ephyra ni.

So far itu je lah pengalaman Fiza 30 hari bersama Ephyra.Tak pernah skip,setiap hari 1 sachet.10 hari pertama minum sebelum tidur,10 hari berikutnya minum sebelum breakfast dan 10 hari terakhir minum sebelum tidur.Kedua waktu tu ada rasa kesan yang tersendiri.Untuk kesan maksimum dinasihatkan minum waktu sebelum breakfast masa perut kosong dan amalkan minum air masak banyak.

Kalau berkesempatan dan ada rezeki dapat try 2 sachet sehari pun best jugak.Lagi berkesan kot kan.Sorry entry ni terpanjang sikit.Fiza dah cuba kurangkan bagi ringkas tapi padat.Hopefully dengan perkongsian ni dapat membantu mereka yang ada masalah yang berkaitan.Moga entry ni di jadikan satu cas yang positive ye.

Alhamdulillah 10 kelebihan yang Ehyra janjikan sedikit sebanyak telah nampak kesannya.Memang tak rugi lah try Ephyra ni.Worth it!

1.Menjadikan kulit anjal,halus dan lebih cerah berseri
2.Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
3.Mengurangkan kedutan dan garis² halus.
4.Manjadikan rambut lebih sihat,lembut dan bersinar
5.Melancarkan sistem pencernaa dalam badan
6.Mengurangkan kadar kolestrol
7.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
8.Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
9.Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metobolisma
10.Melegakan kisakitan sendir dan arthritis

Dan tak perlu risau jugak tentang bahan² yang ada dalam Ephyra ni,Ephyra ada sijil Halal Jakim dan Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.Minum tanpa was² dan tampil yakin terserlah dengan kejelitaan sebenar.Hadapai hari² mendatang dengan ceria bersama orang yang tersayang ^__^.Moga murah rezeki dapat bersama dengan Ephyra kembali.


*semua gambar di atas tanpa editing di bahagian muka kecuali gambar dari IG guna effect sikit.Maaf quality gambar kurang tapi hopefully jelas mana yang nampak perubahan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles