Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Singgah Penang Wajib Naik Ferry Dan Balik Ikut Jambatan Kedua Penang

$
0
0
Balik dari Thailand, rehat dulu semalam lagi kat Lovina Homestay Perlis. Kiranya bermalam 2 malam kat homestay tu. Sebab tu harga dapat murah sikit. Keesokannya nak balik rumah, abah mertua ajak ke Penang. Nak merasa lalu jambatan baru ( Jambatan kedua Pulau Pinang-Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ) katanya. Anak anak turutkan je permintaan. Lagipun alang alang dah lalu Penang tu kan. Sekali lalu je la.

Nak ke seberang pulau, naik ferry je. So tak perlu lah nak lalu jambatan Pulau Pinang yang pertama tu. Bolehlah driver berehat kejap dan sesambil tu menikmati sama² permandangan laut yang cantik ni. Orang kata, sampai ke Penang wajib merasa naik ferry kan. Ini dah kali keberapa naik ferry dah ni?? Kalau pergi Penang mesti naik samada pergi atau balik. Kali ni merasa duduk bahagian bawah 

Bila dok bahagian bawah ni dekat sangat dengan air.

Tak ketinggalan, jangan lepaskan peluang ambil gambar. 
Berdua

Bertiga

ataupun bereempat!

Sesampai di seberang Pulau, kononnya nak makan nasi kandar kat Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa tapi kecewa sebab nasi dah habis. Fiza makan maggie goreng dan yang lain makan nasi campur je. Selepas makan, singgah di Masjid Kapitan Keling untuk solat.

Selesai semuanya terus gerak balik melintasi Jambatan  kedua Penang.

Jambatan kedua ni tak selurus jambatan pertama. Jambatan kedua ada curve dan buatkan jambatan ni unik. Plus, ada pembahagi jalan untuk penunggang motorsikal. Lebih selamat macam tu kan.


Alhamdulillah selamat sampai di rumah walau lambat sebab jammed sana sini. Letih tu tak yah lah cakap lah kan. Esoknya tambah lagi sehari cuti untuk betul betul dapatkan rehat yang cukup. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles