Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Fresh Green Tea

$
0
0
Pantang nampak orang jual kopi hipster, mesti Fiza beli air green tea. Mesti ada! Tapi yang terpaling sedap dan selalu beli kat Sang Kopi area Sikamat, Seremban. Boleh dikatakan kerap membeli. Kalau asyik beli boleh rabak juga poket. Satu pun dah RM5.

Kebetulan ke Thailand hari tu, sempat juga borong Green Tea Thai dan kebetulan juga masa beli tinggal 3 pack last. Terus la beli 3 pack tu. 1 pack RM8. Lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia ni. Faham faham lah kenapa kan. 

Musim panas ni, memang sedap kalau tekak dihidangkan green tea sejuk. Hampir setiap hari bancuh green tea ni. Punyalah suka sangat ye. Jimat duit beli kat luar. Lepas dok google cara buat air green tea. Fiza pun siap sedialah bahan bahannya. Gula, susu krimer sejat, susu pekat, pembancuh teh dan juga green tea thai.


Masukkan 2 sudu serbuk teh hijau/green tea dan rendam selamat 2-3minit

Kemudian masukkan ke dalam cawan besar


Masukkan gula 1 sudu, susu pekat ikut sesedap rasa. Ada yang suka manis, ada yang kurang suka manis. So ikut taste masing masing.

Dah siap bancuh, masukkan air batu dan curahkan susu krimer sejat.


Alhamdulillah, sejuk tekak. Nak lagi sedap, korang guna air batu hancur tu. Letak banyak sikit baru sejuk. Cuaca panas ni, air batu pun cepat cair.  So far okay rasa dia cuma tak sesedap pembuat kopi sebab dorang dah pakar hari hari jual kopi/teh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles