Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Mee Bandung Muar Memang Terbaik!!!

$
0
0


Dalam perjalanan balik ke rumah dari Batu Pahat kenduri kahwin ex-classmate masa sekolah dulu, sempat singgah di Muar pekena Mee Bandung Muar yang terbaik dan tersedap tu. Alang alang dah dekat tu, rugi kalau tak singgah kan. 

Setelah google, pilih review dan rating paling bagus iaitu Mee Bandung Muar di Tanjung Agas,Muar. Masa ramai sini, tengok restaurant ni ramai orang. Yang ada cuma satu je meja kosong kat luar. Nasib kami tak perlu nak tunggu orang lain habis makan untuk dapatkan tempat duduk dan meja. Betul betul ramai orang. Memang tak dapat nak memilih tempat la kan.

Selain mee bandung, ada makanan lain. Tapi semalam yang tinggal hanya mee bandung je katanya. Yang lain dah habis. Nasib mee bandung ada lagi. Dah lah datang sini semata mata nak rasa mee bandung je kan. Selepas beberapa minit order, siaplah mee bandung kami. Tengok je dah terliur.


Bila rasa, memang tersedap! Masakan mee bandung original dari Muar, memanglah sedap kan. Teringat pula masakan mee bandung abah Fiza, sama je rasa. Ni yang nak suruh abah masak ni bila balik kampung. Cuma beza abah Fiza masak dengan yang ni bahan bahan tambahan je la. Yang ni takde udang, takde kerang dan takde sawi. Mungkin kena mintak ataupun bahan dah habis.


Mee bandung Muar yang original susah nak dapat kat mana mana selain Muar. Di Segamat pun susah nak dapat macam ni kecuali abah Fiza masak. hehe.. Kalau yang biasa order kat restaurant pun mee bandung dia macam lain sikit. 

Kalau singgah Muar, korang jangan lupa pekena Mee Bandung Muar. Husband kata, mee dia sikit. Tak puas makan. Sedap sangat lah tu kan :p . Kalau tak cukup, order sepinggan lagi. Fiza tengok pun yang makan kat situ kebanyakkanya bungkus bawa balik. Rugi pulak tak bungkus semalam. huhu

Alamat:
no 1-26 , Tanjung Agas Batu 1 , Muar , Johor

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles