Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kebaikan dan Keburukan Membeli Kondominium

$
0
0
Bagi sesiapa yang mahukan kediaman seperti apartmen dan tanpa perlu mengemas atau menyelenggara laman rumah sendiri, maka membeli kondominium mungkin adalah pilihan yang tepat untuk anda. Banyak kelebihan jika membeli jenis aset perumahan kondominium ini. Sebagai contoh, memiliki kondo adalah sama seperti membeli rumah, tetapi dengan harga yang lebih murah. Jika anda ingin membeli kondominium, maka laman sesawang seperti PropertyGuru Malaysia adalah tempat yang sesuai untuk memulakan pencarian anda.


Namun, terdapat beberapa keburukannya dalam memiliki aset jenis kondo ini seperti :
1. Tersangat dekat dengan jiran tertangga
2. Berkongsi pelbagai kemudahan
3. Jiran akan berada disekeliling anda, tidak kira atas, bawah, kiri dan kanan.
Kredit foto : Google
Tidak semua orang suka untuk mendiami rumah jenis kondo ini. Tetapi sekiranya anda telah bertekad untuk memiliki sebuah kondo, maka anda perlu membaca senarai kelebihan dan kekurangan ini. 

Tidak perlu menyelenggara halaman sendiri.

Jika anda seorang yang tidak gemar menyelenggara laman rumah, maka memiliki kondo adalah keputusan yang terbaik untuk anda. Anda tidak perlu risau untuk memotong rumput halaman rumah, bercucuk tanam atau menceriakan lagi penampilan luaran rumah anda. Anda hanya perlu membayar yuran penyelenggaran, yang mana ia akan merangkumi segala penyelenggaraan kemudahan di kawasan kondo anda.

Kredit foto : Google
Berdasarkan dari Money Crashers, jika anda seorang yang sibuk dengan kehidupan kerja dan sosial anda, maka memiliki kondo adalah pilihan yang tepat, kerana anda tidak perlu memikirkan berkenaan dengan segala jenis penyelenggaran rumah. Anda juga tidak perlu membelanjakan wang beribu ringgit semata-mata untuk membayar upah tukang kebun mahupun kontraktor untuk penyelenggaran, anda hanya perlu membayar yuran penyelenggaran setiap tahun sahaja.

Kredit foto : Google

Keburukan tidak menyelenggara halaman sendiri

Terdapat beberapa isu yang tidak disenangi sekiranya kita tidak melakukan sendiri penyelenggaraan tersebut. Ada sesetengah pemaju yang melakukan penyelenggaran, tidak mempunyai wang untuk melakukan penambahbaikan bangunan kondo anda seperti mengecat baru bangunan, atap dan konkrit baru atau mengantikan kayu.

Untuk mengelakkan isu berkaitan dengan pemaju seperti ini, maka perlulah melakukan kaji selidik berkenaan pemaju perumahan tersebut sebelum melakukan pembelian kondo, dan mengetahui berapa banyak kondo yang dibawah pengurusan pemaju berkenaan. Jika anda duduk di dalam kawasan komuniti yang kecil, dan jiran anda gagal melunaskan pembayaran yuran penyelenggaraan tahunan, maka ia akan memberikan kesan yang besar terhadap anda berbanding tinggal dengan komuniti yang besar.

Membeli kondo adalah lebih murah berbanding membeli rumah

Harga sebuah kondo bergantung kepada komuniti, kawasan dan juga saiz kediaman anda. Ia lebih murah berbanding dengan rumah dengan saiz dan di kawasan yang sama.
Menurut Amy Tierce, iaitu timbalan presiden wilayah di Wintrust Mortgage (Needham, Massachusetts), beliau menyatakan bahawa anda akan membayar dalam 70 peratus daripada harga rumah yang lebih kurang sama, dengan saiz kaki persegi yang sama, di kawasan yang sama.
Oleh itu, membeli kondo mungkin pilihan terbaik anda jika anda membayar pinjaman perumahan daripada satu sumber pendapatan sahaja. Ini kerana anda mempunyai hutang lain untuk dibayar, malah menabung untuk percutian keluarga, anak-anak dan juga untuk hari tua.

Keburukan membeli kondo

Perkara buruknya adalah anda bukan sahaja membayar pinjaman perumahan sahaja. Anda perlu memikirkan faktor bayar yang telah dipersetujui dengan pemaju untuk penyelenggaraan, yang mana mungkin pada semurah RM100 hingga RM1000 sebulan, atau boleh melebihi bayaran bulanan pinjaman perumahan anda. Terutamanya jika anda tinggal dikawasan kediaman mewah dengan gimnasium yang lengkap, kolam renang dan 24 jam kawalan keselamatan berpagar.

Selain itu, jika pemaju tersebut memerlukan penyelenggaran yang cepat, seperti paip pecah dan pihak pengurusan tidak mempunyai wang yang cukup menampung kos pembaikan tersebut. Pihak pengurusan mungkin akan meminta wang dari anda, mungkin bernilai ribuan ringgit. Anda patut bersedia dengan perbelanjaan yang tidak dijangka jika memiliki aset ini. Perlu diingat, aset jenis ini selalunya susah untuk dijual balik berbanding rumah.

Kondo memberikan suasana berkomuniti

Ia akan memberikan suasana berkomuniti yang kuat bagi penghuni bangunan kondo tersebut, yang mana mereka akan tinggal lebih dekat dengan jiran mereka berbanding penghuni rumah di kawasan perumahan. Jika anda seorang yang peramah dan gemar berinteraksi dengan jiran, maka jenis kehidupan begini adalah sesuai untuk anda. Peluang untuk berinteraksi satu dengan lain sangat tinggi pada majlis-majlis keramaian.Keburukan rapat dengan komuniti.

Kredit foto : Google
Ada orang yang sukakan bersosial dengan jiran, namun ada juga yang memerlukan privasi mereka masing-masing. Jika anda sukakan privasi, maka anda perlulah membeli rumah yang jauh dari jiran tertangga. Malah, sekiranya bunyi bising menggangu anda, mungkin perumahan jenis ini tidak sesuai untuk anda. Anda mungkin akan dengar bunyi bising dari television ataupun bunyi bising dari perbualan jiran.

Ada perpatah mengatakan, hari tidak sentiasa cerah. Adalah lebih baik kita mengetahui telebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kondo baru. Namun, perpatah inggeris ada berkata, “one man’s loss is another man’s gain”. Anda mungkin seorang yang sukakan kehidupan berkomuniti ataupun mungkin rasa terganggu dengan bunyi bising.

Anda mungkin rasa selesa dengan tidak perlu melakukan kerja mengemas laman atau anda mungkin suka untuk berkebun. Walau apa pun jenis rumah yang anda suka, didik diri anda dengan segala informasi dan pastikan anda mengetahui segala pilihan yang anda ada sebelum memilih jenis rumah yang bakal anda beli. Buatlah pilihan yang tepat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles