Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kembali dengan Produk Mary Kay Botanical Effects Skin Care Formula 3

$
0
0

Mary Kay antara produk penjagaan kulit muka yang terbaik dan terbukti berkesan. Jenama Mary Kay sendiri pun dah lama dikenali ramai dan dipercayai. Yang bagusnya produk ni selamat digunakan dan sangat membantu dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit muka kita.

Bukan cakap kosong je, sebabnya beberapa tahun lepas Fiza pernah cuba Mary Kay Set Skincare Formula 3 dan memberi kesan yang bagus pada kulit Fiza. Masa tu belum jadi blogger, jadinya takdelah testimoni bagai. Bila dah habis stok, lansung Fiza tak teruskan pakai produk yang sama sebab tak mampu. Masa tu tengah study, kena save bajet. 

Walaupun set ni sebenarnya kalau nak di ikutkan sangat berpatutan harganya sebab tahan lama penggunaanya. Cuma yang susahnya sekali nak keluar bajet lebih tu yang jadi masalah.

Lepas dari tu, mulalah bertukar tukar produk. Kebanyakkannya Fiza cuba produk tempatan yang berasaskan bahan semulajadi dan harganya lebih berpatutan. Produk tempatan banyak yang bagus bagus tapi kena bijak memilih produk yang bersesuaian dengan kulit kita.

Apa yang Fiza susah nak lekat denga produk tempatan sebabnya kebanyakkanya menggunakan sabun untuk mencuci muka. Fiza pula jenis yang tak berapa nak suka guna sabun untuk cuci muka. Pertamanya sebab kena potong kecil kecil untuk penggunaanya lama. Keduanya susah nak simpan dalam bekas kecil untuk kegunaan hari hari. Ketiga sabun cepat kembang dan keempat susah nak bawak travel. Jangan ada yang kecam dengan ayat ayat ni ye. Sekadar apa yang Fiza rasa sebab masing masing mempunyai cara dan pendapat yang berbeza.

Dalam tak suka tu, agak lama juga Fiza guna pencuci muka jenis sabun ni sebab berkesan kan. Tapi demi kesenangan, Fiza memilih produk yang senang untuk digunakan dan memberi kesan yang bagus juga. Jadinya Fiza memilih untuk kembali semula kepada Produk Mary Kay. Masih menggunakan set skincare yang sama cuma sekarang dah tukar kepada Botanical Effects Formula 3. Packaging pun dah berubah.


Apa yang bestnya pakai Produk Mary Kay ni sebab ada banyak pilihan untuk pelbagai jenis kulit. Tak boleh guna ikut suka hati je. Kena tahu jenis kulit dulu untuk buat pilihan set skincare yang betul. Untuk set botanical ni ada:

Formula 1: Kulit kering + sensitif (merah, gatal, pedih)
Formula 2: Kulit normal
Formula 3: Kulit berminyak

Mary kay botanical effects Setiap set ada Cleanser, Freshen dan Hydrate ( moisturizer )

Fiza pakai Botanical Effect Formula 3 untuk kulit berminyak. Memang kulit jenis cepat berminyak =__=' tapi tak terlalu serius sebenarnya. Pakai Formula 3 sekurang kurang dapat mengurangkan masalah kulit cepat berminyak ni. Lepas tu boleh tukar set formula 3 ke atau yang lain.

Formula 3 ini dapat membantu:
✔ Memulihkan keseimbangan kulit.
✔ Mengecilkan saiz pori
✔ Membantu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan 
✔ Menjadikan wajah kelihatan muda dan segar.

FUNGSI CLEANSER@PENCUCI

  • Membersih segala kekotoran, makeup, habuk dan hama agar muka kita bersih, sihat Dan lembut.
  • Botanical Cleanser ini tidak berbuih Kerana pencuci yg berbuih mengandungi satu bahan kimia yg membuatkan kulit wajah kita bertambah kering. Dan lama kelamaan skin akan Menjadi mengelupas Dan bertambah nipis dan sensitif .

FUNGSI MASK

  • Membantu menanggalkan sel-selkulit mati 
  • Mengecilkan por-pori
  • Membersihkan pori-pori tersumbat 
  • Menganjalkan kulit.
  • Membersihkan muka dari Blackhead dan white head 
  • Jika kita consistent pakai mask pipi kita akn jadi anjal seperti di cucuk botox . Mask sangat penting bagi wanita yg benar2 nak jaga kecantikan dan ia wajib di miliki.

FUNGSI FRESHEN@TONER 

  • membantu membersihkan muka dari saki baki makeup setelah dicuci dgn pencuci wajah 
  • mengetatkan dan mengecilkan liang roma yg terbuka 
  • kita perlu pakai freshen selepas pakai cleanser atau mask utk menutup kembali pori-pori

FUNGSI PELEMBAP@HYDRTE @ MOISTURIZER

  • membantu melembabkan kulit wajah disepanjang hari.
  • Tanpa pemakaian pelembap wajah kelihatan kurg bermaya/ kusam, gelap, jeragat dan tanda2 penuaan seperti garis-garis halus mula kelihatan.
    Nak nampak awek muda perlu sentiasa pakai pelembap. Lengkap dah set penjagaan kulit muka. Serba lengkap. Untuk set yang Fiza beli ni harga dalam RM3++ untuk penggunaan 5-6 bulan. Sebulan dalam RM6+. Kira berbaloi membeli untuk penggunan tempoh yang lama dari tiap tiap bulan nak kena topup beli stok kan. Beli satu set ni dapat Free sample dan katalog lagi tu.

    Cara Pemakaian Botanical Effects Skin Care 

    Siang:
    1. Basah kan sikit muka dengan air, sapukan cleanser dan gosok perlahan seluruh wajah dgn cleanser. Kemudian bilas dengan air sampai bersih.
    2. Spray kan freshen ke kapas ( Facial cotton) dan sapu ke seluruh wajah kecuali kelopak mata dan dibahagian bawah mata.
    3. Sapukan hydrate ( pelembap) keseluruh wajah kecuali dibahagian kelopak mata dan dibawah mata
    4. Sapukan liquid foundation ke seluruh wajah.

    Malam:
    1.Basah kan sikit muka dengan air, sapukan cleanser dan gosok perlahan seluruh wajah dgn cleanser. Kemudian bilas dengan air sampai bersih.
    2. Sapukan mask keseluruh wajah kecuali dibahagian kelopak mata, bawah mata dan bibir,
    👉Mask x perlu campur air dan
    👉biarkan kering smpai 10-15 minit.
    👉dah Kering cuci dgn air sambil gosok perlahan-perlahan kernaa mask tu ada biji-biji halus juga boleh dijadikan skrub muka.
    👉( mask perlu pakai 2-3x seminggu)
    3. Apabila wajah dah kering, spray kan freshen ke kapas muka dan sapu ke seluruh wajah kecuali kelopak mata dan bawah mata
    4.Sapukan hydrate ( pelembap) keseluruh wajah kecuali dibhgian kelopak mata dah dibawah mata

    Kesimpulannya:
    Cleanser- siang & malam
    Mask- malam( 2-3x seminggu) ,
    Freshen - siang & malam
    Hydrate- siang & malam
    Kalau korang berminat nak tahu, nak mintak pendapat dan nasihat ataupun nak beli. Boleh contact kawan Fiza ni.



    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 8009

    Trending Articles