Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cabaran Mendaki Gunung Angsi

$
0
0

Hari sabtu lepas, seperti yang dirancang oleh husband nak ajak isteri dia ni mendaki Bukit Angsi dengan tujuan nak warm up untuk mendaki Bukit Nuang minggu depan. Bukan main bersemangat lagi husband nak Fiza ikut sekali mendaki Bukit Nuang dengan kawan kawan dia. 

Selama ni Fiza hanya mendaki Bukit je. Kali ni nak kena berlatih mendaki gunung pula. Risau dan lebih kepada tidak bersedia lagi sebenarnya memandangkan dah lama tak buat rutin work out kat rumah. Nak tak nak, macam kena paksa diri untuk pergi juga.

Sebenarnya rancang untuk pergi berdua. Tapi bila husband bagitau kawan dia, ramai yang nak pergi. Lebih ramai lebih meriah. Kesemuanya 9 orang termasuk Fiza dan husband. Sebelum mendaki kenalah warm up (memanaskan badan) bagi segala sendi-sendi dan urat-urat mengembang bersedia untuk melakukan aktiviti sukan.

Lebih kurang pukul 8:45am kamiorang gerak naik Gunung Angsi. Awal awal lagi husband dah pesan dengan yang lain suruh jalan depan dan tak perlu tunggu kami. Sebab wife dia ni memang kena berhenti banyak kali kalau panjat gunung ni. Panjat bukit pun banyak berhenti, inikan pula panjat gunung. Lagipun first time panjat gunung sebenarnya.


Mula mula panjat dan mencabar dengan trail yang pacak. Yang dalam gambar atas ni tak berapa nak pacak tapi mencabar juga. Betul-betul rasa nak pitam dan susah nak bernafas dengan betul masa tu. Lama juga berhenti. Mungkin sebab dah lama tak bersenam dan warm up pun ala kadar je sebelum tu. Rasa nak patah balik je sebab rasa tak larat dah. Sudahnya lepas berehat tu dah stabil sikit. Teruskan perjalanan... tak jadi give up.

Trail pacak tu agak lama tak panjang pada awalnya. Lepas tu barulah jumpa trail yang agak mendatar. Dapat juga rehatkan kaki ni berjalan seperti biasa. Tengok orang lain steady je berlumba naik atas, yang kita ni terhegeh hegeh nak naik. Takpe, MENTAL kena kuat kalau nak sampai ke puncak. Waktu baru lepas hujan, lagilah mencabar sebab licin. Ada sekali tu tergelincir. Nasib baik tak tinggi sangat kawasan tu. Phew~


Pukul 11:30am, Fiza dan husband sampai puncak Gunung Angsi. Yang lain dah lama sampai dalam pukul 10:45. Memang tertinggal jauh dah kamiorang berdua dari team dorang ni. Dorang lajuuu kemain lagi, memang tak larat nak kejar lah.  


Dah sampai tu lepak dalam setengah jam macam tu. Tak snap gambar memang tak sah lah kan. Wajib amek gambar tandanya dah berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi. Kebetulan hari tu agak ramai hiking, ramai juga kat atas tu. Nak bergambar kat satu-satu tempat pun kena beratur. Kau rasa??? Nak tak nak tunggu je la.






Bekalan hiking cuma air masak 1.5L, air 100plus dan 2 bars snicker dan 1 bar mars. Makan coklat berikan tenaga cepat sikit berbanding roti dan sebagainya. Makan nasi lemak memberatkan pula. So bekalan coklat dan air dah memadai. Lagipun bila dah penat, takde nak selera makan sangat sebenarnya.

Pukul 12:30 start turun ikut trail yang sama, sebelum tu team 7 orang lagi ikut trail lagi satu turun kat Ulu Bendul. Trail tu jauh sikit dari yang naik tadi. Memang tak sangguplah Fiza. Lagi-lagi trail tu lagi mencabar. Bila turun ni laju sikit. Laju tak laju sangatlah. Sampai bawah dalam pukul 2:30 petang. 2jam! Naik hampir 3 jam, turun 2 jam. Sepatutnya waktu naik 2 jam je tu. Disebabkan beginner nak warm up, lambatlah sikit.

Rentetan dari naik Gunung Angsi tu, kaki sakit sampai 3-4 hari. Nak buat pergerakan kaki sikit pun tahan je sakit. Sakit yang di cari sendiri kan tapi puas hati sampai ke puncak yang selama ni memang nak cuba naik gunung. Memang mencabar betul naik gunung ni. Agak agak boleh ke nak naik Gunung Nuang pula nanti? Jeng jeng jeng..Nantikan.

Last but not least
, kagum dengan adik adik yang hebat ni. Laju betul dorang mendaki. Bila di tanya"tak penat ke dik?" Dengan confident dorang jawab "TAKKK". Amboiii dik perli akak lah tu.
"Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. -wikipedia "


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles