Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Nasi Goreng Ekspress

$
0
0
Selamat pagi! Kejap je dah hari khamis.Pepagi dah busy kat dapur siapkan breakfast untuk husband sebelum pergi kerja.Selalunya kalau nak buat breakfast yang heavy sikit malam sebelum tidur dah siapkan bahan².Pagi² tinggal blend and campak² je bahan dalam kuali.Disebabkan malam tadi menyiapkan kerja badan pun dah penat so tak sempat la nak siapkan apa².

So pagi ni bertungkus lumuslah menyiapkan nasi goreng ekppress ni ha.Sempat potong carrot je la untuk sayur dari takde.Tak sempat  nak potong kacang panjang,sosej semua tu.Tumis² masuk carrot,nasi,garam secukup rasa..siap! Husband pun dah lewat so tak boleh Fiza nak berangan chef lelebih kat dapur tu..Sebagai seorang superwife kenalah buat kerja rumah dengan cekap dan cepat.Kann..

Alhamdulillah ekspress pun sedap,dapat jugak mengisi perut husband sebelum pergi kerja.pahala pun dapat.Tak susah pun nak dapat pahala kan.Suami pun bertambah sayang..gitu :D

Korang ada menu breakfast yang simple² tak?Dah jemu jugaklah nak memasak menu yang sama selalu.Roti bakar,sandwich telur,mee goreng,bihun goreng,donut,nasi goreng,itulah menu yang fiza rotate.Meh la share resepi atau menu sedap korang tu.Yang penting simple..Kalau nak buat nasi lemak memang taklah pagi²..selalunya dah siap buat sambal sebelum tidur.So pagi siapkan masak nasi,potong timun je..Nak yang simple one..boleh?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles