Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Tako

$
0
0


Amboiii..pagi-pagi dah upload gambar makanan! Buat orang telan air liur je kan. Motif??? Motifnya nak bagi kakak-kakak semua rajin ke dapur petang nanti buat kuih badak berendam versi tako yang comel ni ha. Disebabkan nampak comel, Fiza kongsikan kat blog untuk perkongsian bersama. Fiza nak buat entah bila lah kan walaupun ada resepi. Tunggu rajin dan teringin sangat baru mencuba buat. Dahlah kuih badak berendam ni kegemaran husband. Kuih sopang orang nismilan panggil. Haritu Mak mertua Fiza buat, entah berapa biji badak husband dah ngap. 

Resepi kuih badak berendam ni Fiza ambil dari perkongsian Mas Cotek seperti nama dalam gambar resepi ni. Resepi Kuih badak berendam versi/kukus. Yang bulat tu rebus buat macam kuih buah melaka. Yang tu Fiza pandailah buat. Bab dadih tu agak failed sikit sebab biasa masak pun guna santan kotak je. Kurang umphh guna santan kotak ni. Santan fresh dari kelapa baru betul-betul sedap. Okay, petang ni kalau takde idea nak buat pemanis mulut untuk berbuka tu boleh cuba resepi ni. 

Nampak comel je bila buat stail macam kuih tako ni kan. Kalau takde daun pandan boleh je letakkan dalam mangkuk/bekas kecil-kecil tu. Pun boleh.

Biasanya badak berendam warna kelabu ungu macam tu sebab ada yang guna pulut hitam juga kan. Kali ni versi hijau ala-ala kuih buah melaka. Haishhh banyak betul kacukan kuih badak berendam ni. Dah kena bagi nama lain dah ni.


Selamat mencuba!

Kredit resepi & gambar : Mas Cotek

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles