Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Atasi Rasa Mengantuk Selepas Berbuka dan Bersahur

$
0
0
Ye, bangun sahur kekadang memang mengantuk. Lagi-lagi kalau tidur lambat. Rasa macam baru bangun tidur je kan. Kalau waktu berbuka pulak mengantuk sebab terlebih makan. Perut rasa terlampau kenyang sampai rasa mengantuk. Setakat ni waktu bersahur je rasa mengantuk. Itupun sebab tak cukup tidur. Tapi selepas berbuka belum pernah mengantuk. Macamana nak atasi rasa mengantuk selepas berbuka atau bersahur ni? Rahsianya adalah....

Pertama sekali banyakkan bergerak kerana rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas. Cara ni kalau kat rumah takde tangga banyakkan bergerak dengan berjalan mungkin juga boleh membantu.
Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Tidur Sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuatkan kita rasa segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.
Makan dan berhenti sebelum kenyang. Ini sangat penting sebenarnya. Usah makan terlalu kenyang tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk.
5. Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker yang mengandungi karborhidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.
Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk.
Dah tahu cara atasi masalah mengantuk selepas berbuka dan bersahur, jadi amalkan cara dan pemakanan yang betul untuk gaya hidup yang sihat. 

Sumber maklumat dan foto : imuslimmag.com



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles