Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cerita Raya Pertama

$
0
0
Hai semua! Selamat Hari raya! Kembali bersiaran update blog setelah seminggu bercuti. Sesekali bagi peluang kat blog untuk bercuti lama sikit. Nak enjoy raya sebenarnya. Bila cuti raya pun dah habis, makanya kenalah back to reality menyambung kerja design dan tak lupa untuk update blog.

Memandangkan seminggu bercuti update blog, traffik blog pun turun menjunam dan terpaksa kembalikan momentum seperti sebelum ni. Harap-harap usaha berhasil. Okay, warm up blog dengan cerita raya pertama lah ye.

Raya pertama
, hari yang ditunggu-tunggu untuk meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan. Dah tentu teruja lebih nak meraikannya dengan keluarga berkumpul beramai-ramai, dengan menu juadah raya yang sedap-sedap setahun sekali dapat, duit raya, pakai sepersalinan raya serba baru dan juga beraya sakan.

Raya Fiza macam biasa raya pertama aidilfitri beraya di kampung husband di Kuala Pilah. Selepas sembahyang raya, bersalaman dan aktiviti wajib adalah family potrait. Family potrait tak lengkap sebab family abang ipar dan juga adik ipar takde dalam gambar. Jadinya kamiorang je la yang ada. Masih lagi meriah. Tahun depan bakal ada orang baru dalam family ( adik ipar bakal berkahwin tahun depan).

Harap juga Fiza dan husband ada rezeki orang baru dalam family kecil kami juga. Aaaminn... Mesti raya bertambah meriah ada anak-anak kan dan takdelah soalan cepu emas gangsa perak "Bila nak ada anak?" tu kan. Tahun ni pada yang bertanya, Fiza layankan je. Tandanya orang tu ambil berat pasal kita kan. Kalau tak terasa hati tu memang tipulah. Tapi tolak tepi je la bab tu sebab tak boleh nak elak.
Husband, Mak mertua, Abah mertua, adik ipar
Fiza & Uwan
Husband, Mak Mertua, Adik Ipar
Fiza & Uwan
Bila Uwan dipaksa memegang Go Pro. Muka Uwan tetap serius. Ini uwan sebelah mak mertua.

Abah dan Mak Mertua

Uwan yang maintain serius. Susah nau nak tengok uwan senyum masa ambil gambar. Nampak je muka serius tapi uwan sebenarnya tak serius pun. Pandai melawak dan suka bersembang.

Family kecil kami berdua je untuk tahun ni. Tahun depan doakan kami bertiga pula ye. Lagi satu, rutin aktiviti pertama di kampung husband ni akan beraya di kampung Uwan sebelah abah mertua di Kg Rembang Panas, Kuala Pilah. Tak jauh mana pun
Tahun ni tema sedondon kami warna pink.
Selepas balik beraya rumah Uwan sebelah abah mertua, terus balik kampung Fiza di Segamat, Johor. Dalam 1 jam lebih dah sampai. Untung juga kampung kamiorang tak jauh mana. Memang raya pertama raya kedua-dua belah. Cuma beraya di kampung Fiza lebih sikit sebab raya kedua dan ketiga ada perjumpaan family sebelah mak dan abah Fiza. Selebihnya baru sempat beraya di rumah kawan-kawan dan saudara terdekat.



Gitulah cerita raya pertama Fiza. Raya kedua, ketiga dan seterusnya akan di update lepas ni. Itupun kalau ada cerita dan kalau ada mood rajin. Siapa ada update cerita raya, mehlah drop link untuk Fiza baca juga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles