Lepas raya ni mood lemau semacam je nak update blog. Makan lemang ketupat rendang banyak sangat ni. Semalam bersungguh dah susun jadual entri blog. Harini dah malam baru nak muncul seketul entri. Jadilah dari sunyi terus seharian. Lepas raya memang malas nak tengok traffik blog. Dah tahu mesti traffik turun mendadak punyalah. Tak payah nak target tinggi sangat sebab dah tahu traffik akan jatuh merundum cuti raya hari tu.
Sedar dah tak sedar lepas raya dapatlah pageviews capai 11 juta dalam masa sebulan. Sebelum ni nak capai peningkatan 1 juta dalam masa setengah bulan je. Tapi disebabkan traffik merundum, jadinya ambil masa lama sikit untuk pertambahan 1 juta tu. Terubat sikitlah kekecewaan traffik selepas musim raya bila pageviews dah 11 juta. Macam biasa tak berapa nak dapat screenshot tepat 11juta.
Pageviews ni kadang-kadang susah nak jangka kan. Kejap naik kejap turun. Jadi, redha je la kalau traffik menurun. Kalau naik memang bagus. Secara tak lansung dapat menaikkan potensi blog untuk dapat job review, advertorial dan sebagainya. Betul tak?
Nampaknya kena usaha lebih untuk tingkatkan mutu keunggulan blog sendiri. Yang untung diri sendiri juga kan. Kalau malas, tak dapat apa. Berminat untuk beriklan, collaboration, guest post, job review ke boleh terus emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com.