Last mendaki Bulan Mei 2015 lepas (Mendaki Gunung Angsi) mendaki gunung buat pertama kalinya. Bulan Jun berehat dari aktiviti mendaki sebab bulan puasa. Bulan Julai pula sibuk beraya. Bulan Ogos ni baru dapat sambung semula aktiviti mendaki. Kira warm up selepas raya, gara-gara makan banyak masa tu kan. Kali ni layan mendaki bukit je la mampu. Gunung? Tunggu ada kekuatan lagi baru sanggup nak mendaki. Mendaki Bukit Batu Chondong (BBC) Kemensah ni planning dari kawan-kawan husband. Fiza ikut je selagi rasa mampu nak mendaki.
Bukit Batu Chondong ni terletak di belakang Zoo Negara. Kalau ke sini akan melalui entrance Zoo Negara tu. Untuk sampai ke sini gunakan waze. Taip je "Bukit Batu Chondong" ataupun "ATV Adventure Park Kemensah". Confirm sampai!
Dari pembacaan pengalaman orang lain, katanya mendaki Bukit Batu Chondong ni mudah dan mengambil masa yang singkat untuk sampai ke puncak. Lega sikit bila tahu. Senang hati nak mendaki esoknya.
Start point mendaki Bukit Batu Chondong ni sebelum sampai di kawasan ATV Adventure Park. Ada sorang abang tu jaga parking. Kena bayar RM1 setiap seorang. Pagi tu kamiorang mendaki dalam pukul 9 pagi bermula dengan trek mendaki agak condong dengan keadaan tanah agak licin (sebelah kebun berpagar). Ini laluan trek yang baru Fiza rasa sebab sebelum ni dari apa yang Fiza baca, permulaan mendaki di laluan ATV dalam kebun. Tapi Pagar kebun tu tutup dan kena lalu tepi kebun tersebut.
Agak tercungap juga la nak mendaki mula-mula tu. Almaklumlah lama tak bersenam orang kata. Mendapatlah! Takpe takpe, sesekali perlu mencabar diri sendiri juga. Selepas tu akan melalui laluan pokok buluh. Laluan pokok buluh ni agak panjang juga sebelum sampai ke puncak. Di laluan ni cabaran dia trek agak licin sebab dipenuhi dengan daun buluh dan banyak nyamuk! Bermain tepuk tampar belalang kupu-kupu kat sini. Syok juga ye, exercise tangan.
Baru mendaki sikit dah nampak kurus. Best tak? Propa sangat ni.
Walaupun mendaki bukit je tapi banyak juga berhenti, stamina tak berapa nak cukup. Beginner je kot. Bukan pendaki tegar dan pendaki hebat macam orang lain yang sentiasa fit. Selepas setengah jam lebih (kurang dari 1jam) sampailah kamiorang ke puncak. Becak juga lah ketiak ni walaupun ada yang kata tak sempat berpeluh. Hebat! Kalau mendaki gunung ni rasanya dah berkuah ketiak ni ha.
Bahagian paling mencabar adalah halangan terakhir sebelum sampai ke puncak. Dia punya mencabar sampai rasa tak confident nak naik atas walaupun dekat je. Memerlukan kekuatan tangan, kaki dan skill untuk memanjat menggunakan tali di pokok dengan sokongan batu besar. Alhamdulillah kamiorang semua sampai di puncak dengan selamat. Cuma gigil sikit sebab puncak tu tak berapa nak besar luasnya dan tak rata. Itulah yang dinamakan Bukit Batu Chondong.
Dari bahagian belakang Batu Chondong |
Dari bahagian depan Batu Chondong |
Nak ke bahagian depan ni Fiza tak berani kot. Gigil tau bila tengok bawah tu. Tiba-tiba macam gayat padahal bukat seorang yang gayat pun. Ada lagi satu puncak depannya pun berbatu juga tapi lebar sikit.
Bolehlah layan duduk kat sini. Agak lama juga lepak kat puncak ni.
Wajiblah ambil gambar dengan props Signboard ni. Tandanya dah berjaya menawan hati Bukit Batu Chondong ni. Ewahhh..
Ada dua signboard yang memang ada kat puncak ni. Masing-masing tak lepaskan peluang bergambar bermacam stail ada.
Dah lama melepak kat puncak tu. Dalam setengah jam jugalah melepak. Lepas tu singgah di Beirut Bukit Batu Chondong sambil berkelah menikmati sandwich telur yang Fiza bawa bekal dari rumah. Wajib ye bawa makanan dan minuman semasa mendaki ni. Biasanya kalau mendaki Fiza bawah air masak dan air isotonik yang dapat memberikan stamina dengan cepat berbanding air masak yang hanya dapat menghilangkan dahaga je.
Untuk makanan biasanya bawa yang simple je macam sandwich dan juga bekalan coklat yang dapat memberikan tenaga dengan cepat. Kalau bawa nasi lemak nanti beban berat pula dan rasanya kalau dah sampai atas bukit tu mesti nak cari air dulu sebab tak rasa berselera nak makan pun. Penat je lebih sebenarnya. Tapi perlu juga makan untuk menambah tenaga untuk turun nanti kan. Pastikan sebelum mendaki pun kena makan juga stretching.
View dari tapak Beirut |
Dah puas melepak kat atas, kamiorang pun turun. Melalui halangan terakhir sebelum sampai ke puncak tu adalah paling mencabar bila nak turun. Kena hati-hati. Macam stail rock climbing tu. Dapat bayangkan tak? Kalau dapat, bagus! Turun ni laju sikit lah takde nak berhenti sangat. Berhenti amik gambar je. Alhamdulillah selamat turun tak sampai 1 jam pun. Mendaki bukit yang paling cepat sampai puncak dalam pengalaman Fiza. Agak mencabar di halangan terakhir sampai ke puncak. Trek untuk sampai ke puncak mudah sebab takde trek pacak yang mencabar.
Walaupun nampak mudah dan sekejap tapi bagi Fiza tetap mencabar. kuikuikui.. Lepas ni mendaki Bukit mana pula? Ke Gunung? Tengok kemampuanlah dik.