Genap 3 tahun melengkapi antara sama lain dalam istilah suami isteri. Alhamdulillah..syukur pada Allah memanjangkan jodoh kami berdua dalam menempuh dugaan dalam perkahwinan. Bagi yang mempersoalkan tentang anak, kami hanya manusia yang mampu bersabar menanti kehadirannya. Sesungguhnya Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Allah tidak akan beri apa yang manusia mahukan tetapi Allah berikan apa yang manusia perlukan. Mungkin masanya belum tiba lagi. Tapi kami menanti dengan sabar, usaha, doa dan tawakal. Doakan yang terbaik buat kami.
Sobs sobs sobs..sedih pulak kan. Tidak tidak tidak...Kena positif! Kalau negatif, hari-hari mahu meroyan kat facebook update status. But I'm not like that. Percaya pada perancangan Allah. Orang yang bersabar selalu akan dapat yang terbaik. Betul tak? So, soalan cepu emas perak gangsa tu dah imun dengan diri Fiza. Orang tanya, diam dan senyum je. Okay!
Untuk anniversary ke-3 ni tetap ada keistimewaan juga walaupun tak kemana. Cukup sekadar 3 potong kek ni je untuk 3 tahun. Nak merancang sesuatu macam tak jadi je. Jadinya, sekadar apa yang ada je.