Morning! Dah sarapan ke belum korang? Of courselah dah sarapan kan. Kalau belum, jangan terliur pulak tengok gambar makanan pagi-pagi ni. Jamu mata je boleh. Nak menjamu korang jauh nun di sana. Spaghetti Aglio Olio tak cukup bahan hasil masakan di tengah malam tadi. Jenis Fiza, kalau lapar sebelum tidur memang kena makan. Kalau tak, memang tak boleh tidur. Tapi lepas makan kena delay pula waktu tidur. Takkan lepas makan terus tidur. Memang tak bagus dan kalau korang sendiri pun lepas makan terus baring mesti tak selesa kan. Mesti nak duduk biarkan makanan tu hadam dan selepas 1 jam baru lah boleh nak baring. Tapi kalau tertidur sambil duduk tu macamana pulak? Kekeke...Jangan buat perangai ye.
Bila dah lapar, terfikir nak masak benda senang untuk di masak. Kebetulan teringin nak makan spaghetti Aglio Olio ni. Bahan-bahan yang ada pun kira memadai lah untuk menu ni. Udang je ada, sotong takde stok dalam peti ais. Jadilah kan ada seafood sikit pun. Asal boleh lah. Dalam tak cukup bahan pun sedap juga. Cuma tak sesedap kat kedai. Kat kedai tu seafood memang banyak sikit. Mahal pun mahal. Kan? Setakat nak merasa lepas tekak sendiri why not masak sendiri guna apa yang ada. Bukan kena pandai masak sangat tapi rajin tu lagi penting dan di tambah dengan se kilang kasih sayang. Confirm sedap punya! Cewahhhh
Nak resepi spaghetti Aglio Olio yang mudah, korang google je. Berlambak resepi yang ada. Kalau ikut resepi Fiza, resepi campak-campak je apa yang ada. Janji boleh makan. Bila bahan tak cukup, kita perlu jadi seorang yang kreatif berfikir.