Gelabah bila akaun instagram sendiri kena godam (hacked) oleh orang luar. Memang terkesima kejap tak tahu nak buat apa. Gelabah sampai tak boleh berfikir. Selepas cari bantuan pada mereka yang pernah mengalaminya, alhamdulillah dapat semula akaun insta Fiza dengan gambar sekali. Cuma username terpaksa tukar baru dan beberapa followers hilang. Dari pengalaman akaun kena hacked ni, Fiza nak kongsikan sikit cara nak dapatkan semula akaun instagram yang telah digodam @ hacked jika terjadi pada korang atas bantuan blogger Que Achmad. Terima kasih banyak-banyak. Benda yang sama pernah berlaku pada dia tapi lebih hebat cabarannya sebab kena hacked 2 akaun sekali. Kedua-dua akaun dapat semula.
In case kalau dapat log in semula, silalah cepat-cepat tukar kepada password yang baru. Kalau tak dapat log in akaun insta tu, terus buat reportemail pada instagram team : support@instagram.com / help@instagram.com . Boleh hantar pada kedua-dua email ni atau email lain kalau korang tahu. Pastikan juga email boleh log in sebab kalau email dalam insta tak boleh log in akan menyukarkan lagi proses untuk dapatkan semula akaun.
Ini contoh email. Sorry kalau ada broken english. Janji faham
Dari pengalaman Fiza, dalam masa satu hari insta team dah reply email Fiza. Email ni korang akan diberikan kod dan korang di minta hantar gambar korang dengan sekeping kertas yang bertulis kod yang diberikan, nama penuh dan juga username instagram. Pastikan gambar terang dan jelas untuk pihak insta trace muka korang dan maklumat tu dengan insta korang yang kena hacked tu.
Selepas dah bagi gambar tu insta team reply dengan link untuk reset password dan update maklumat kat insta kalau ada yang salah. Pastikan masa nak update tu updateusername yang baru ye.
Disebabkan Fiza tersilap masukkan username tu. Fiza termasukkan username yang lama. Makanya lepas tu Fiza dapat email(gambar bawah) ni mengatakan yang insta tak dapat nak dapatkan semula gambar dan video yang ada.
Huwaaa..nak menangis lagi sekali. Tapi Fiza check akaun username hackers tu masih ada lagi gambar Fiza. Lepas tu Fiza email sekali lagi insta team beritahu yang gambar tu masih ada dalam akaun yang bernama hackers tu. Kemudian insta team akan emailkan sekali lagi link untuk reset password yang baru tapi atas nama akaun hackers tu la. Jangan risau username tu, korang terus reset je password melalui link yang diberikan. Kemudian update lah username yang baru. Di ulangi sekali lagi, USERNAME YANG BARU. Lepas dah update semua. Akhirnya instagram kembali kepada asal cuma username je la berbeza.
Alhamdulillah dapat semula akaun insta Fiza walaupun username terpaksa diubah asalkan gambar dan video semua masih ada. Cuma followers dah berkurang. Ada yang unfollow ke haritu? Hehe..takpe, Fiza faham.
Dalam recovery process ni dalam masa yang sama Fiza pernah cerita yang Fiza boleh access akaun dengan username dan password yang sama tapi dalam akaun tu takde gambar atau video. Tapi akaun ni Fiza tak buat apa-apa. Kalau ada yang follow @azhafizahmdnor kat insta tu boleh unfollow lah ye. Sebab tiada apa kat akaun tu.
Urusan mudah kalau terus berhubung dengan insta team melalui email. Dalam masa sehari dorang reply email. Selalunya dorang akan reply waktu awal pagi. Jadi, bersabarlah menunggu balasan email dari dorang. Lain orang lain pengalamannya. Ada yang berhari-hari, ada yang berminggu-minggu juga. Akaun Fiza kena hacked 25 Sep dan dapat balik 28 Sep. Bersyukur sangat urusan dipermudahkan. Takdelah kerja blogger terganggu.
Dari hasil sembang-sembang dengan blogger Que Achmad, hackers ni dari followers luar negara yang follow kita dan hashtag yang banyak juga salah satu puncanya. Lepas ni kena berhati-hati lebih. Bila dah dapat insta akaun ni, Fiza dah update security semua cuma masalah tak dapat nak buat two factor authentication tu. Resend code pun tak dapat-dapat kat phone. Verify mobile boleh pulak dapat code. Tu yang pelik tu. Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama ke? Cuba cerita kat komen nanti.

Nasihat Fiza,
- Pastikan ada password yang betul-betul strong.
- Gunakan password yang berbeza untuk instagram, email, facebook, twitter dan laman sosial yang lain.
- Alert dengan segala notification yang dihantar ke email kalau dapat email reset password tu.
Selesai satu masalah. Bolehlah update seperti biasa. Harap entry ni dapat membantu sedikit sebanyak.