Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Naik Feri dari Langkawi Ke Jeti Kuala Perlis

$
0
0
Dah settle pulangkan van semua tu, lepak kat Jeti Langkawi ni sementara tunggu Feri pukul 5:30 petang ke Kuala Perlis. Masa nak balik ni takdelah seramai masa nak pergi. Kerusi pun banyak kosong sementara menunggu. Perjalanan feri pun setengah jam sekali. Kira okaylah tu tak perlu nak tunggu lama sangat kan. 


Selepas pengumuman dibuat untuk penumpang naik feri, terus gerak naik feri. Sempat juga mengabadikan kenangan bergambar kat sini sebab tak ramai sangat kan.

Kali ni dapat naik feri kecil sikit dari feri masa pergi tu. 



Disebabkan feri ni kecil, agak sempit sikit dalam ni. Kurang selesa sikit tapi Alhamdulillah perjalanan tu singkat sikit dalam 1 jam je dah sampai. Cuak juga naik feri kecil ni. Laju dia kemain lagi melawan ombak dan angin tu. Rasa nak terbalik pulak. Nak tidur pun tak senang. Dah lah duduk tepi tingkap. Fuhhhh...dah sampai Jeti Kuala Perlis barulah lega. Seterusnya kamiorang teruskan perjalanan ke Penang pula. Sambung nanti okay! 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles