Dari apa yang Fiza baca, Filem Sunk Into The Womb adalah adaptasi dari kisah benar yang berlaku di Jepun dan cerita ni ditayangkan sekitar tahun 2013 dimana tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru arahan Takaomi Ogata dan telah mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10. Okay baca sikit sinopsis ni.
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya.
Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati.
Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya.
Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia.
Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan.
Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.
Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam.
Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam.
Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.
Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan.
Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama.
Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan.
Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.
Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.
Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai.
Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.
Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran.
Ketika ditahan, Sanae berkata, “Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya.
Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.- Kredit eberita
Pada awal cerita ni sampailah habis ceritanya sangat perlahan. Mungkin disebabkan cerita asalnya tak cukup cerita yang benar untuk disampaikan, disebabkan itu Fiza rasa cerita agak perlahan untuk dihabiskan dalam masa 1 jam lebih. Agak tak sabar juga nak tunggu cerita ni habis sebab terlalu perlahan dan agak bosan sikit.
Shooting from knee height, a child’s eye-level that takes on greater relevance as the film progresses, there’s deceptively unfussy camera work by Takashi Horinouchi as we watch the debris mount up on the floors. There’s effective parroting of the opening scene with the mothers period, as the young girl cannot get to the toilet so has no choice but to go where she stands. He uses long takes that let the action shift into focus, rather than follow it eagerly. This effect pushes adults heads out of shot, deliberately disembodying them.-kredit easternkicks
Paparan video dalam gambar pun Fiza rasa tak puas tengok sebab banyak scene yang tak nampak full story dan boleh jadi kurang faham. Disebabkan nak tahu cerita ni sampai habis, memang bersabar Fiza tengok cerita ni. Ceritanya memang sedih, sadis dan menyayat hati. Apatah lagi kaum ibu yang menonton cerita ni. Banyak moral value dan boleh jadikan pengajaran buat kita semua.
Kredit foto : google |
Korang patut tengok sendiri dan nilaikan sendiri. Memang tak patut seorang ibu tinggalkan kedua anak kecil begitu dalam keadaan lapar. Anak perempuan ni pandai juga berdikari untuk cari makanan sampai dah takde makanan sanggup makan tanah liat untuk terus hidup. Tapi paling sadis dia dibunuh oleh ibu dia sendiri di saat di hampir mati kelaparan. Memang tak sanggup melihat kekejaman seorang ibu.
Tapi tak boleh nak salahkan ibu dia juga, kena salahkan juga si suami yang tinggalkan ibu dia. Disebabkan ditinggalkan suami, terus jadi stress dan sanggup tinggalkan anak juga. Bila stress sampai tak tahu nak fikir apa yang terbaik harus dibuat. Seharusnya seorang ibu lebih kuat meneruskan kehidupan demi membesarkan anak-anak tapi sebaliknya pula yang jadi. Sedih dengan ending cerita ni. sobs sobs