Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Dekorasi Laundry Room Tema Biru Putih

$
0
0


Entah kenapa sekarang dah tersuka tanpa sengaja dengan warna biru terutamanya yang dark shaded macam  midnight blue, old navy dan spesis warna biru yang gelap sebab nampak rustic dan english style zaman english dulu. Walaupun super duper suka dengan warna pink tapi tak tergerak pula hati nak cat atau gunakan tema pink. Ko dah kenapa Si hati merah jambu? Nak tukar Si hati biru ke? Yang penting hati warna merah hati ye.

Dahlah suka bab deko-deko rumah ni. Ternampak pula gambar dekorasi laundry room tema biru putih ni  dalam facebook yang dikongsikan oleh Puan Wan Diyana Wan Yunus yang sangat-sangat cantik dan menarik hati Fiza. Kalau korang tengok pun mesti macam teringin nak ada satu macam ni kat rumah kan. Lagi semangat nak buat kerja mencuci baju, melipat dan menseterika baju. 

Simpan dululah dalam blog dan kongsikan kat sini untuk berkongsi idea pada mereka yang sedang mencari tema untuk bilik laundry. Ada rezeki ada rumah besar, ruang lebih besar boleh buat macam ni nanti. Sejuk mata memandang! Lengkap pula ada 2 mesin basuh baju untuk keringkan sekali. Kalau musim hujan tak perlu risau baju tak kering.


Paling seronok sebab nampak kemas dan lengkap! Tempat letak sabun tu sangat pratikal. Nak ambil sabun tarik je dari dalam kabinet. Dan letak dalam kabinet nampak kemas. Takde lah semak kalau letak kat luar tu.

Bakul pun di letakkan dalam kabinet. Siap ada pengasingan baju putih dan bewarna. Sangat bagus! 

Selain tu, lengkap dengan iron board yang sangat pratikal dan jimat ruang ni. Bila nak guna baru keluarkan dan bila tak digunakan boleh lipat je masuk dalam kabinet iron board tu. Pernah juga survey iron board style macam ni, dalam RM4++.00 jugaklah. 

Selepas iron baju atau selepas dry cleaning boleh lipat baju kat folding station. Senang settle semua kerja berkaitan dengan baju kat laundry room ni. Suka! Suka! Suka!


Selamat Mendeko Laundry Room!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles