Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bayar Denda Lewat Renew SSM

$
0
0

Alamak! lewat renew Nombor Pendaftaran SSM gara-gara nak buat last minit kononnya tapi tak sempat buat pun memandangkan expired date hari ahad. Tapi hari jumaat tu tak sempat nak buat. Adudududu..Berhuhu sekejap. Confirmlah ni kena bayar denda walaupun lewat beberapa hari je. Tetap kena bayar denda juga. Inilah padahnya buat kerja last minit. Padan dengan muka sendiri kan.

Jadikan pengajaran ye. Tahun depan jangan renew last minit. Renew awal tak perlu nak gelabah lebih dan tak pasal-pasal kena bayar denda RM20. Walaupun orang kata RM20 tu sikit je tapi RM20 tu boleh beli macam-macam makanan tau untuk di masak. Err..fikir makan je kan. Ye lah, semua benda dah naik harga, kenalah beli makanan asas untuk masak sendiri untuk lebih jimat. Apapun lega sebab dah settle renew nombor pendaftaran SSM ni. 

Macam besar sangat je salah tu kan. Menakutkan betul baca surat macam ni dan bila tengok denda angka RM50, 000 tu!

Nak tak nak kena bayar jugalah denda RM20 tu. 


Nak renew kat pejabat SSM boleh je orang lain buatkan dengan bawak salinan fotostat IC pemilik yang daftar SSM. Tapi sekarang dah boleh bayar online je tapi kena daftar dulu kat website, kemudian aktifkan kat pejabat SSM. Lepas tu tahun berikutnya renew online je. Lagi mudah kan! Haruslah kena buat ni. Dan boleh juga menggunakan mesin di KL Sentral. Pun mudah!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles