Kalau balik Segamat memang craving nak makan masakan Thai kat Aslan Thai Tom Yam terutamanya tom yam Thai yang sedap tu. Tom yam dia walau kuah tak berapa nak pekat tapi sedap giler hokeh! Bukan macam tom yam biasa tu. Ada fishcakes, fishball, kangkung, cendawan, udang, fillet ketam dan sotong. Kalau yang suka seafood order je tomyam seafood.
Seriously rasa dia sedap lain daripada tomyam yang pernah Fiza makan. Makan sekali mesti nak makan lagi. Sampai boleh buat mengidam!
Seriously rasa dia sedap lain daripada tomyam yang pernah Fiza makan. Makan sekali mesti nak makan lagi. Sampai boleh buat mengidam!
Selain tom yam, Fiza pernah cuba kerabu mangga juga kat sini. pun sedap! Tak mengecewakan! Tapi haritu order kerabu sotong. Kerabu sotong dia agak pedas sikit tapi so far Fiza suka rasa yang pedas tu dan ditambah rasa masam sikit. Ratah macam ni je pun boleh. Teringin nak buat kerabu sotong sendiri tapi confirmlah tak sama dengan yang ini. phew~
Untuk pencuci mulut makan pulut mangga lah macam biasa. Wajib beli pulut mangga sebab husband bukan seorang penggemar masakan Thai tomyam, kerabu sotong, kerabu mangga bagai tu sebab dia tak suka masam. Jadi, order yang manis-manis je untuk dia. Lepas tu order air teh ais yang memang sedap dan kaw giler! Anak buah Fiza order air mangga. Air kitaorang kongsi je sebab menghirup kuah tomyam dah boleh buat perut penuh. Tom yam pun order 2 mangkuk je dan nasi pun kongsi je. Itupun sedaya upaya nak menghabiskan padahal perut dah penuh dengan kuah tom yam. hahaha..Dinasihatkan kalau nak order jangan order banyak melainkan korang boleh habiskan.
Kalau korang tersinggah di Mall One Segamat tu carilah restaurant Aslan Thai Tom Yam. Tak pasti tingkat berapa. adesh =__=',. Tapi boleh je jumpa sebab one segamat tu tak besar mana. Cari je Aslan Thai Tom Yam. Kedai ni sentiasa ramai orang. Setakat ni kalau pergi memang 1-2 table je yang kosong. Nasib ada kosong tak perlu nak tunggu. Fiza suka makan kat sini sebab masakan Thai dia sedap! Orang kata betul-betul macam kat Thai. Dahlah sedap, murah pulak tu.
Nasi putih x2
Tom yam biasa
Tomyam seafood
Pulut Mangga x 2
Kerabu Sotong
Air Mangga
Teh Ais
Total RM29.++
Murah ke mahal? Kalau mahal sikit pun, berbaloi makan kat sini. Balik kampung harus terjah Aslan Thai Tom Yam!