Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kiosk Tukar Kad Debit Maybank

$
0
0


Adik kakak abang pakcik makcik semua yang ada kad debit maybank dah tukar ke belum kad debit yang baru? Kena tukar sebelum 31 Disember 2016 kan? Kalau tak berkesempatan nak ke Maybank Office, sekarang dah ada kiosk tukar kad debit maybank selain tukar secara online dan di poskan ke rumah. Sama je mudahnya. Ikut kesenangan masing-masing nak buat yang mana satu.

Cara ringkas tukar kad debit maybank melalui mesin layan diri :

A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.

B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).

C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.
Dalam Seminit je dah siap katanya. Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Mudah sangat tu kan?

Buat masa sekarang, hanya ada beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.


Waktu operasi :
Cawangan Maybank terpilih :
6 pagi - 12 tengah malam

Cawangan Maybank di Pasaraya :
Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi - 10 malam)

Jangan lepas ni jammed pulak kat kiosk ni. Hehe. Okaylah kan ada pilihan macam ni.

Kredit : Firdaus Pay - FP -

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles