Petang-petang sikit sesambil buat kerja yang boleh berkudap-kudapan tu mesti syok kan. Korang mesti dah tahu Mister Potato Crips dah keluarkan perisa baru iaitu Sweet Potato. Tengok orang lain dah dok cuba sampai ada yang kata biadap sedap! Kemain sedap nau nau agaknya kan.
Bentuk dan rupa masih masih mister potato crips yang lain cuma yang istimewanya pada rasa dia yang sangat-sangat sedap! Rasanya seperti kerepek keladi atau keledek gitu. Rasa lemak-lemak manis ubi keledek/keladi dan kurang kemasinan. Itu yang best tu.
Hari ni beli, esoknya Fiza beli lagi. Sekali hadap dah habis. Tak sempat nak simpan pun. Silap-silap nak berkudapan masa kerja pun boleh jadi kerja tak siap sebab asyik menyuap ke mulut je. Hehe.. Silalah cuba rasa. Setakat ni ada kat 7 Eleven je. Tempat lain tak tahu ade ke tak.