Alang-alang dah terperasan nampak nombor pageviews dah bertambah cecah 16 juta , terus print screen buat entri. Okaylah tu kan sesekali selit entri kehebatan blog sendiri. Semua blog hebat dari segi macam-macam. Setiap blogger ada aura masing-masing. Sila yakin dengan blog sendiri ye. Tak boleh nak update selalu entri macam ni nanti kena kecam. Biasalah kan lumrah dunia blogger. Ada yang membenci ada yang suka mencari kesalahan. Shuhhh..abaikan semua aura negatif tu. Malas kot Fiza nak fikir. Tetiba rasa rindu dengan dunia blogging zaman mula berblog dulu. Skang dunia blogger dah macam dunia artis. Wow! But still...Fiza masih lagi bekerja belakang tabir. That's me! Sesekali baru muncul.
Eh, terbebel banyak pulak kan. Sambung semula cerita pageviews ni. Fiza tak pasti berapa lama ambil masa untuk naik sampai 16 juta ni. Pelik juga walaupun traffik merundum. Mungkin ambil masa lebih sikit kot.
Sangat berpuas hati bila pageviews makin bertambah banyak. Siapalah yang tak seronok kan. Walaupun ada yang kata "ala, setakat pageviews dari view blogspot je, bukan dari google analytics pun". Ermm..tak kisahlah dari mana sekalipun yang penting tetap happy dengan penambahan jumlah pageviews tu. Selain akan datang bertambah dapat job advertorial, dapat satu kepuasan untuk diri sendiri. Bertungkus lumus berusaha lagi lepas ni menulis entry ye semua. Semua blog pun boleh berjaya.