Fiza? Menghabiskan long weekend kat kampung je. Kebetulan family nak buat kenduri kesyukuran sikit. Paling special kenduri kali ni sebab menu dia yang agak rare. Masak daging rusa dan kijang katanya. Tak tahulah nak makan ke tidak sebab kamiorang suami isteri tak makan daging sangat. Boleh tu boleh makan cuma tak makan sangat. Harap kenduri nanti berjalan dengan lancar. Jemputan hanya orang-orang masjid dan orang kampung. Buat kenduri kesyukuran biasa-biasa je.
Ahad tu dapatlah berehat lepas menguruskan kenduri. Isnin pula sambung cuti rehat. Seronok kan rancang itu ini tapi okaylah dapat spend masa bercuti dengan family. Bukan senang semua adik beradik nak berkumpul. Itupun rasanya ada yang tak dapat balik kampung.
Korang ke mana pula? Semoga perjalanan korang selamat pergi dan balik. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Kita pulun habiskan cuti long weekend. Lepas tu pulun pula settlekan kerja yang berlambak tak siap masa cuti tu. kui kui kui...
Selamat Bercuti!