Musim cuti sekolah macam-macam event berlansung sana sini. Tak ketinggalan juga Light Sensation di Dataran Pahlawan Melaka yang bermula 15 Disember 2016 yang lepas sehingga 2 Januari. Pameran Nightscape of Light Sensation bertemakan Love Series mempamerkan 32,888 kuntum bunga mawar LED (Diod pemancar cahaya) memenuhi ruang Dataran Pahlawan.
Memang cantik suasana Dataran Pahlawan di waktu malam diterangi bunga mawar LED ni kan. Kalau bercuti di Melaka tu jangan lepaskan peluang singgah di Dataran Pahlawan ambil gambar bersama lampu bunga mawar yang berwarna warni dan pelbagai bentuk di buat dengan menggunakan bunga tersebut.

Katanya harga tiket bermula RM10 hingga RM30. Pameran yang berlangsung bermula 2 petang sehingga 12 tengah malam tu berlainan daripada pameran yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang sebelum ini daripada aspek reka bentuk bunga yang disusun menggunakan kuntuman bunga mawar LED.
Kalau sebelum ni tak sempat nak ke Light Sensation Taman Ekspo Pertanian Serdang, boleh pergi Light Sensation di Dataran Pahlawan ni.
Kalau sebelum ni tak sempat nak ke Light Sensation Taman Ekspo Pertanian Serdang, boleh pergi Light Sensation di Dataran Pahlawan ni.
Bila dah bertemakan love series, haruslah kena ada bentuk 'love' kan. Pasangan suami isteri bolehlah bergambar kat sini buat kenangan kalau ada yang sambut anniversary lagi sweet kan. Dalam hati Fiza berkata nak pergi tapi mulut kata tak nak pergi. Jadi, keputusannya berbelah bagi 50% 50%. Tak nak pergi tu bukan sebab apa, malas bersesak. Nak pergi sebab nak ambil gambar je. Tapi for sure la kena ikut giliran. Jawapan macam berat kepada tak nak je. Tapi manalah tahu tiba-tiba tersampai pulak kan.
Sebelum pergi tu, check dulu jadual Light Sensation ye. Takut bila datang nanti tutup pulak.
Kredit foto : Light Sensation