Cehhh..siap nak ada kronologi bagai. Sesekali tajuk entri nak juga macam gempak sikit. Minggu lepas pergi Klinik Pergigian sebab sakit gigi berdenyut-denyut. Dah siap sedia nak tahan sakit cabut gigi tu. Tapi doktor kata tak boleh cabut sebab bengkak.
Nak di jadikan cerita, gigi geraham bongsu tu memang dah berlubang cuma tak sakit. Dah rasa tak sakit, memang taklah nak pergi klinik tampal kan. Dia punya ngilu nak tampal tu memang mengerikan sebab tu tak pergi tampal. Kebetulan nak sakit pulak minggu lepas. Dah sampai masa untuk sakit kot.
Bila dah sakit bengkak tu, takdelah doktor nak cabut. Kenalah makan habis ubat antibiotik dan makan ubat tahan sakit tu. Lepas 5 hari, semalamlah hari untuk cabut gigi. Fuhhh..kecut perut oii nak kena cabut gigi. Nasib baik tak ramai yang datang hari ni kira tak lama menunggu.

Lepas ambil nombor, check tekanan darah dan bayar pendaftaran RM1, tak lama lepas tu masuk bilik surgeri. Masuk bilik surgeri dengan doktor lain. Hari ni doktor perempuan india. So far setakat ni kalau pergi klinik pergigian semua doktor sangat friendly. Alhamdulillah..kalau tak lagi bertambah stress kan. Doktor check gigi dulu sebelum cabut. Doktor confused ada dua gigi berdekatan yang mana satu lebih bermasalah. Jadi, doktor suruh assistant bawa Fiza pergi X-ray dulu untuk check akar gigi yang mana lebih bermasalah.
Masuk bilik x-ray dengan assistant lelaki. Adududu..tak best betul kalau lelaki yang handle. Memang kurang selesa lah kan. Lepas tu dia masukkan dental xray film dalam mulut. Dijolok-jolok xray film tu supaya berada di tempat yang betul. Rasa nak termuntah tapi dia suruh tahan sikit. Agak sakit bila x ray film tu terkena bahagian lembut dalam mulut. Rasa macam nak terluka je. Rasa macam nak nangis je. Tapi sabar je la.
Dah masukkan xray film tu, dia suruh letakkan jari tahan film tu sementara dia snap untuk x-ray. Kenalah tahan 5 saat. Lepas xray pertama dibuat tak nampak akar pun nampak kepala gigi je. Kenalah buat lagi sekali. Sekali lagi tahan sakit tu. Nasib baik okay dah lepas tu. Lepas azab untuk x-ray. Menanti masa untuk keputusannya pulak.
Masuk semula bilik surgeri dan doktor bagitau keputusannya kena cabut gigi geraham bongsu yang sebelum ni memang kena cabut. So doktor bagi ubat bius tu. Kena tahan sakit lagi untuk dicucuk bius tu. Adoiiii.. Dah cucuk bius kena tunggu kat luar dulu untuk bagi kebas.
Dah kebas masuk balik bilik surgeri. Doktor pun mulakan cabut gigi geraham bongsu tu. Katanya ambil masa sikit dan kena tahan sikit la. Kalau sakit angkat tahan. Dalam setengah jam macam tu doktor tu macam susah nak cabut. Ada kritikal problem dan bincang dengan doktor gigi bilik sebelah. Kena pindah bilik surgeri sebelah sebab nak kena potong crowning gigi sebelah gigi geraham sebab tak nampak dan menyukarkan untuk cabut gigi. Sebelum tu letak bius lagi.
Bab kena potong tu sangat ngilu dengan bunyi mesin tu. Adeshh..masih lagi mampu tahan sabar. Kaki tangan dan kejang ni dok tahan lama sangat. Lepas tu gigi masih tak boleh di cabut ditambah lagi dengan bleeding yang tak sudah. Lagi susah nak nampak gigi tu.
Panggil sorang lagi doktor untuk uruskan cabut gigi geraham bongsu ni. Kena potong tulang gigi pulak. Masih lagi tak boleh. Ngilu lagi. Tahan Fiza tahannn... Tak boleh lagi cabut gigi tu, entah apa masalah yang dorang bincangkan tak tahu lah. Fiza dah risau rasa macam tak boleh tahan dah. Badan dah sejuk dan menggigil je.
Doktor ambil keputusan untuk potong sikit kulit gigi geraham untuk lagi senang cabut dan doktor bagitau nanti dia akan jahit semula. Err...sampai jahit bagai ni Fiza dah memang risau. Maksudnya kena operate lah kan. Tak boleh nak kata tak, jadi teruskan je la. Padahal dalam hati ni dah takut semacam. Cucuk bius lagi. Akhirnya baru lah boleh cabut gigi tu setelah hampir 1 jam lebih dalam bilik surgeri tu dengan usaha 3 orang doktor gigi.
Dapatlah 3 jahitan. Masa jahit tu pun terpaksa tahan sakit juga. Berdarah banyak tu jangan cakaplah. Banyak kali doktor ganti kapas. Mulut Fiza ni dah naik kejang kena bukak lama sampai melecet tepi bibir. Nak bukak mulut sampai sekarang pun sakit.
Doktor bagi ubat antibiotik 2 jenis dan ubat tahan sakit. Kapas tu doktor bekalkan 2 packs. Balik rumah banyak kali tukar sebab darah masih keluar banyak. Doktor pesan jangan makan benda keras/panas atau minum panas. Kena makan bubur dan air sejuk je la jawabnya. Lagipun mulut Fiza pun bukan boleh bukak besar. Nak makan pun jadi tak berselera. Nak telan pun sakit oii..

Lepas selesai cabut, kena bayar RM1 dan ambil ubat.
Balik rumah makan bubur dan makan ubat terus tidur. Dari pukul 9 pagi Fiza masuk bilik surgeri, x-ray, bertukar bilik surgeri semua tu pukul 11 lebih baru siap semua urusan cabut gigi. Suami dah risau dok tunggu lama. Takut isteri dia pengsan je. Siapa tak sayang bini oiii..don't worry la, isteri cukup kuat untuk tahan semua tu..Sikit adoi pun tak berbunyi depan doktor. Adoi depan suami je sebab boleh bermanja lebih. Sampai kesudah Fiza tak angkat tangan pun mengadu sakit depan doktor sebab masih boleh tahan sakit tu.
Lepas makan ubat semua tu memang tak boleh nak buat apa sangat. Rasa nak pitam je mungkin sebab darah masih keluar lagi kot. Kena baring tidur je la. Nak tidur perut lapar. Nak makan macam tak boleh nak makan sebab sakit. Dapat makan sikit terus makan ubat dan tidur. Lepas bangun tidur barulah okay sikit. Adalah sikit nikmat rasa makan tu.
Harap-harap dan makan ubat semua luka dan sakit cepat elok. Dalam 3 hari ni makan bubur dan air sejuk je. Kena berpantang takut nanti bengkak pulak kan. Kalau tak nak sakit lagi, haruslah ikut apa yang doktor pesan.
Sakit gigi ni tak boleh buat main sebab tu kena jaga gigi dari kecik lagi. Fiza ni dah memang ada masalah gigi dari kecik. Inilah kesan dia macam gula-gula dan tak jaga gigi. Dah besar baru nak menyesal dah terlambat dah. Sekarang kena lebih jaga. Lepas ni nak kena buat scaling pulak. Korang kalau sakit gigi sikit pun kena pergi klinik gigi ye dan rajin-rajinlah check up san buat scaling.

Sekian kronologi cabut gigi geraham bongsu. Masa untuk berehat lebih dalam masa berpantang ni untuk topup tenaga yang dah hilang. Terima kasih yang mendoakan Fiza cepat sembuh dari sakit gigi.