Sampai Sabak dah tengahari. Elok je sampai terus makan tengahari. Kakak masak kerang rebus pulak. Kerang fresh sebab Sabak Bernam kan dekat laut. Stok kerang memang ada. Dah lama betul tak makan kerang. Memang melantak kerang je la. Tak sempat rehat, abah dan anak buah cari cacing nak memancing katanya. Abang ipar pulak gigih pergi beli cengkerik. Lepas solat zohor semua semangat nak pergi memancing.
Orang yang paling excited nak memancing. Bukan tunjuk ikan tapi tunjuk umpan cengkerik je. Hasil memancing encik suami dapat sekor je. Kuikuikui...
Orang yang paling excited nak memancing. Bukan tunjuk ikan tapi tunjuk umpan cengkerik je. Hasil memancing encik suami dapat sekor je. Kuikuikui...
Masing-masing dah keluarkan joran bersedia untuk bersabar menunggu ikan makan umpan.
Buat pertama kali memancing encik suami dapat ikan kat area ni. Lepas tu hampa tak dapat lagi. Takde rezeki.
Lama jugak memancing kat parit ni tak dapat banyak ikan. Dapat kan kecik pun lepaskan semula.
Bila masing-masing dah bosan menunggu ikan pun tak makan umpan, abang ipar bawak pergi memancing kat parit lain pulak. Parit yang lebih besar tapi ikan pun kurang dapat jugak.
Fiza tolong tengok je dorang memancing. Sebenarnya saja je memancing ni. Kalau dapat ikan besar tu rezeki la tu. Tapi dapat ikan besar pun sikit je 2 3 ekor. Yang kecik memang lepaskan je. Aktiviti Fiza ambil gambar je. Bosan juga nak menunggu ikan makan umpan ni. Kalau mancing kejap dah dapat ikan memang seronok tapi kalau lama sangat menunggu memang Fiza cepat bosan. hihi
Kebetulan ada sesuatu yang menarik untuk ambil gambar. Tak lepaskan peluang ambil gambar berlatar belakang kan Topi Polis yang besar ni. Jakun kejap. Ye lah, mana pernah tengok. Orang sini je la hari-hari tengok. Jakun pun jakun lah tetap nak ambil gambar jugak.
Dah hampa tak dapat banyak ikan, gerak balik rumah kakak. Solat asar dan gerak ke Pantai Bagan Nakhoda Omar. Kita sambung next entri ye.