Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cantiknya Air Terjun Ulu Tembeling Jerantut, Pahang

$
0
0

Pantang nampak tempat cantik mesti nak share dalam blog. Haruslah kan, boleh buat wishlist tempat-tempat menarik untuk di terjah akan datang. Ada rezeki bolehlah sampai kat Air Terjun Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang ni. Apa yang menariknya kejernihan air hijau biru yang cantik tu. Kalau sampai sini aktiviti utama ambil gambar je la. Tempat cantik kot!

Walaupun Fiza ni jenis aquaphobia tapi teruja sangat tengok tempat cantik macam ni. But still aquaphobia tu tak boleh hilang. Kalau dah pandai berenang mungkin baru akan hilanglah kot. Fuhh..seriau tengok air macam ni. Fiza mampu tengok dari jauh. Kalau nak Fiza masuk dalam air mungkin setakat main air tepi-tepi je.   


Bagi korang yang suka aktiviti mandi air terjun tu cubalah datang sini untuk rasakan pengalaman sendiri. Tengok gambar je bila nak sampai entah.



Kawasan air terjun pun bersih je. Barulah seronok mandi manda kat sini.
kredit: @melongray


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles