Alat solek (Makeup) dan perempuan tak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku. Wah gitu! Bagi perempuan yang suka sangat bersolek dah tentulah tak dapat dipisahkan. Yang jenis tak suka bersolek pun sekurang-kurangnya mesti ada 2 3 jenis koleksi alat solek. Paling kurang pun ada bedak compact dan lipstik. Betul tak?
Ada juga yang tak suka bersolek tapi rajin mengumpul koleksi alat solek. Macam Fiza dulu, rajin sangat beli macam-macam alat solek. Sudahnya tak pakai sangat pun sampai luput. Ilmu persolekan takde lagi masa tu. Tapi sekali dah pandai bersolek sikit-sikit memang aura nak membeli alat solek tu membuak-buak. Lagi-lagi dengan lambakan pelbagai jenama alat solek yang makin canggih manggih sekarang ni. Boleh nampak cantik sekelip mata je tau! Perempuan mana yang tergoda dengan alat solek kalau dah pakai je terus nampak cantik. Salah satu cara cepat nak nampak cantik dengan bersolek. The power of Makeup katanya!
Elakkan Membeli Alat Solek Tiruan
Dengan lambakan produk yang ada, kaum perempuan di luar sana kena berhati-hati dalam memilih produk yang ada. Banyak produk tiruan yang di jual dengan harga yang murah. Memang menarik kalau dapat harga murah tapi korang fikir tak kesannya menggunakan produk tiruan yang murah ni?
Produk tiruan murah memiliki kualiti yang rendah. Dah namanya produk tiruan mestilah tak sama kualiti dengan produk original. Jadi, boleh membahayakan pengguna dengan kesan sampingan selepas penggunaan. Bukan nak kata produk tiruan ni tak berkualiti tapi korang boleh faham sendiri kan kalau guna produk yang bukan original ni.
Kalau bab memilih apa jenis produk pun Fiza lebih suka beli yang original walaupun mahal sikit. Yang penting kualiti bagus dan selamat digunakan. Contohnya Fiza suka sangat beli NYX Soft Matte Lip Cream. Koleksi lipstik je la yang mampu Fiza buat koleksi sebab lipstik senang nak pakai dan haruslah ada banyak koleksi boleh tukar-tukar pakai. Kalau warna sama je bosan pula nanti. Nak membeli yang original secara online memang susah nak dapat. Lagi satu, takut kena tipu.
Anak buah Fiza ada juga beli NYX Soft Matte Lip Cream murah dan bukan original la. Beza dia memang berbeza. Yang original dah tentu kualitinya tip top. Tapi yang tiruan tu bila oleskan kat bibir rasa melekit sikit bukanlah betul-betul matte. Tak tahan lama dan mudah melekat kat gelas bila minum. Bak kata, memang tak best lansung pakai yang tiruan. Itu baru segi kualiti, belum lagi cerita kesan sampingan yang lain. Jadi, Fiza sarankan kena berhati-hati memilih alat solek ni. Samada korang keluarkan duit lebih sikit beli yang original yang pastinya berkualiti dan berbaloi ataupun produk yang murah tak berkualiti dan merugikan diri sendiri. Fikir-fikirkan lah.
Beli Alat Solek Yang Original
Okay, nak cerita benda baik pula. Pernah dengar Hermo dan Althea tak? Kalau korang seorang blogger atau peminat alat solek tentu dah kenal lama dengan dua nama popular ni. Dua website popular yang menjadi kegilaan ramai peminat alat solek. Kalau tengok lama-lama kedua website ni boleh jadi gila rambang mata nak pilih mana satu sebab semua alat solek berjenama luar negara yang bagus-bagus. Yang penting original! Tak perlu risau kena tipu ke apa. Bukan setakat ada alat solek je, ada produk penjagaan kulit, penjagaan rambut dan yang berkaitan dengan kecantikan.
Bayar Harga Murah Dengan Kod Baucar Hermo
Fiza paling suka shopping online di website yang ada sistem ni sebab memudahkan kerja untuk shopping online . Tak perlu nak tanya ada stok ke tidak. Hanya perlu add to cart je, bayar dan tunggu barang sampai. Mudah! Tapi kalau korang nak jadi pengguna yang lebih bijak boleh membeli barangan di Hermo dengan harga lebih murah. Macamana nak dapatkan diskaun dengan setiap pembelian di Hermo? Korang hanya perlu masukkan kodbaucar Hermo semasa membuat pembelian.
Dapatkan Kod Diskaun Althea Malaysia
Kaedahnya sama juga dengan pembelian di Hermo, dapatkan kod diskaun Althea Malaysia dahulu dan jangan lupa masukkan kod baucar semasa membuat pembelian. Okay, mudah je nak jadi pembeli yang bijak ni. Kenapa perlu bayar lebih sedangkan boleh bayar kurang dari harga sebenar.Dengan adanya kod baucar ni bolehlah kita semua berjimat cermat membeli alat solek. Nak tambah koleksi pun takde masalah sebab masih boleh dapatkan produk original dengan harga lebih murah dari harga biasa. Berbaloi ke tidak? Dah tentu lah berbaloi kan. Antara produk popular yang korang boleh beli di Hermo dan Althea adalah Nyx, Biotherm, Innisfree, IOPE, Laneige, Skinfood, THE FACESHOP, Tony Moly dan banyak lagi yang korang boleh tengok kat website Hermo dan Althea. Sangat rugi kalau tak gunakan kod baucar yang tersedia ada tu. Lainlah kalau korang sanggup bayar harga mahal. Korang boleh kongsikan berita gembira ni untuk mereka yang suka shopping alat solek. Jangan lupa kongsikan artikel ni dengan klik salah satu icon media sosial kat bawah ni. Nak kongsikan kat semua media sosial pun boleh. Sharing is caring.
Nampaknya kena tambahkan lagi koleksi alat solek dan penjagaan kulit Fiza ni.
Jom berjimat shopping alat solek dengan menggunakan kod baucar Hermo dan Althea. Jadi pembeli yang bijak!