Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cari Packing Door Gift Untuk Majlis Kahwin

$
0
0
Dari tahun lepas lagi dok cari packing door gift yang under bajet untuk majlis kahwin adik ipar tak lama lagi. Nak buat door gift style kamiorang kahwin dulu, sekarang glass jar dah mahal. Kalau dulu RM1 per jar siap sekali sticker. Harga sekarang dah RM1.70 untuk 1 jar. Itupun tanpa sticker. Jadinya, kena cari style lain untuk door gift. Bunga telur pun dah mahal juga. Itupun bunga telur ala kadar je. Nak buat sendiri setakat bunga pahar tu okay lagi tapi nak DIY bunga telur crepe tu tak nampak kegigihan nak membuatnya.

Lepas dah cancel nak gunakan glass jar, cari jar plastik pulak. Tapi tak jadi juga sebab terlebih bajet sikit. Adik ipar bagitau beberapa idea lain pulak. Finally, kamiorang decide nak gunakan packing jenis stand pouch ziplock je. Terfikir pulak kawan ada bisnes kimchi dengan packing macam tu. So risik punya risik dapatlah cari kedai kat mana nak beli packing door gift untuk majlis kahwin dengan kadar yang bajet. Thanks Puan Melor a.k.a pembuat Kimchi by Kak Lo yang super sedap tu.

Pada mulanya Fiza dan encik suami nak beli yang semi metalise yang kiri sekali dalam gambar bawah ni. Tapi bila dah sampai kedai tengok yang jenis kraft paper stand pouch ziplock tu macam lagi sesuai dengan apa yang kamiorang nak letak dalam tu untuk door gift nanti. Jadi, kamiorang decide beli yang jenis kraft paper stand pouch ziplock. Jenis stand pouch ziplock ni antara packing yang ramai orang cari la untuk produk makanan ataupun untuk door gift sebarang majlis. Dah letak sticker nanti lagi cantik kan. Tengok tu, ada tag Hot Item. 

Pening nak pilih size pada awalnya. Finally, kamiorang pilih size 5inci x 7.5 inci. Sedang elok lah guna size tu. Rambang mata sebenarnya nak memilih jenis packing ni. Ada macam-macam jenis dan bermacam size untuk disesuaikan dengan apa yang nak di isi nanti. Sebelum ni ada survey kat nilai 3 tu tapi agak mahal juga dan tak banyak pilihan untuk yang bajet. Kat sini semua ada. Harga pun kalau beli banyak dapat murah.


Jar plastik pun ada banyak jenis.

Pelbagai pilihan packing plastik.

Packing brown paper. 

Packing kotak pun ada.

Yang jual produk tu, boleh tengok-tengok jenis packing yang ada. Macam-macam jenis ada. 




Tak rugi datang sini membeli packing untuk door gift. Alhamdulillah dapat harga murah. Cuma tak cukup stok pulak. Kena datang lagi sekali untuk ambil baki yang tak cukup. Lepas ni memang aim kedai Maryna Packing Stuff je la untuk door gift. Staff pun sangat friendly. 


Untuk yang jauh-jauh tu, boleh gunakan perkhidmatan pos. Untuk maklumat lanjut, rujuk gambar di bawah.



Settle bab packing, kena fikir nak letak apa pulak dalam tu. Cookies ataupun kekacang. Lepas tu nak design sticker atau tag. Semoga dipermudahkan segala urusan persedian majlis kahwin adik ipar nanti. Tak lama dah lagi.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles