Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Tempahan Header Blog Lea Azleeya

$
0
0
Masih mengekalkan kaedah kalau ada masa baru ambil order baru. Kalau mampu nak buat baru boleh terima order. Kadang-kadang terpaksalah kecewa kan client dari menyeksa diri sendiri kan. Bukan menolak rezeki tapi kena ukur kemampuan diri sendiri juga. Tak nak ambil sekaligus banyak, takut tiba-tiba pengsan kat meja kalau asyik hadap komputer je. Kadang-kadang order design tak banyak mana pun rasa boleh pening mencari idea, inikan nak ambil banyak order. Mana nak cari idea, dah semua kerja kena buat sorang-sorang. Kerja sendirian berhad lah katakan.

Siapa tak sabar sila jangan tempah sebab Fiza bukan ada banyak masa nak siapkan design sekelip mata. Sila hadam dan sila faham. Kalau client yang hari-hari dok tanya bila nak siap tu, Fiza memang malas nak layan dan secara automatiknya rasa macam hilang idea kalau jumpa client macam tu. Sanggup je refund payment dari menghadap stress dengan pelbagai ragam manusia ni. Ikutkan hati ni memang tak sabar tapi dah kerana minat dan kerana mencari pendapatan, kenalah sabar banyak-banyak.

Paling seronok dapat client yang senang bekerjasama dan tak cerewet. Cerewet tu tak kisah tapi biar berpada. Alhamdulillah setakat ni ramai client yang senang di bawa berbincang dan repeat order. Salah seorangnya blogger Lea Azleeya. Ini dah kali keberapa buat tempahan pun Fiza tak pasti. Terima kasih Lea masih menggunakan perkhidmatan design dari Fiza.

Kali ni Lea tempah design header blog untuk wajah baru blog Lea. Design header blog yang simple sesuai dengan layout template Lea yang simple cantik tu. Fiza tambah bunga comel sebab tak nak nampak kosong sangat. Kira sesuailah tu. Fiza perasan yang sekarang trend design header blog yang simple-simple je. Semua blogger dah professional, rupa blog dan isi blog lebih matang dari yang sebelum ni. Setuju tak? Tak ramai dah tempah yang fancy-fancy design. 



Untuk Full view design header blog Lea Azleeya, klik link di bawah
www.leaazleeya.com
Terima kasih Lea.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles