Morning! Alhamdulillah..Terima kasih Allah untuk pinjaman nyawa ke sekian tahunnya menikmati pertambahan umur hari ni 7 Februari. Makin bertambah umur, tapi nampak sweet 17 kan? Iye kan aje la, bagi peluang lah perasan muda untuk hari ni. Hehehe...
Tanggal 7 Februari, sama hari lahir dengan adik ipar. Tapi tak pernah nak celebrate sama. Macam biasalah kek untuk dia biasanya beli selepas birthday masa balik kampung. Dapatlah merasa kek ramai-ramai. Untuk Fiza, macam biasalah celebrate simple je dengan husband.

Ya Allah, panjangkan umur kami, sihatkan badan kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan, dan jauhkan kami dari kejahatan, kabulkan segala keperluan kami, baik dalam agama, dunia, mahupun akhirat. Sesungguhnya Kau adalah Dzat Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah kami memohon kepadaMu, keselamatan di dalam agama, kesejahteraan pada tubuh, penambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat di waktu mati, dan keampunan setelah mati.
Aaminn...
Sayang semua ketat-ketat padat-padat. Muaahhh...