Salam jumaat. Hari ni mood cuti Fiza ON. Awal pagi gerak ke Perlis untuk majlis pernikahan adik ipar hari esok. Untunglah hari nikah, hari birthday sendiri. Senang nak ingat dan senang nak sambut dua peristiwa sekali kan. Semoga urusan adik ipar di permudahkan. Aaminn...
Bila tengok orang nikah ni, teringat pula kita bernikah dulu. Bila dah bertukar status tu, bermulalah tanggungjawab baru yang perlu di galas. Bagi orang yang hidupnya sederhana, pada permulaan perkahwinan memang agak sedikit sukar nak memulakan hidup baru dengan ada yang ada. Bagi orang yang berada tu lain ceritanya.
Tapi jangan risaulah, selagi ada usaha selagi ada doa dan bertawakal pada Allah rezeki pasti ada cuma masanya kita tak tahu. Rezeki orang dah berkahwin ni ada macam-macam rezeki dan isteri merupakan salah satu magnet rezeki.
Menikah
Allah melipat gandakan rezeki selepas menikah
Sayang Isteri Melahirkan Tanggungjawab
Tanggungjawab mencari nafkah kepada keluarga dengan berbagai cara halal dalam mencukupi keperluan keluarga. Inilah yang menyebabkan pintu rezeki lainnya terbuka untuknya.
Sayang Isteri, Allah Sayang
Apabila suami menyayangi isteri, Allah menyayangi pasangan itu. Dans emestinya Allah akan mencukupi pasangan dengan rezekiNya.
Sayang Isteri, Rumahtangga Tenang
ketenangan timbul dari kasih sayang suami isteri akan memberikan semangat untuk bekerja dan rezeki yang diperolehi akan lebih senang dan banyak.
Sayang Isteri, Suami Merasa Cukup
Suami akan merasa cukup dan tidak akan menyakiti hati isteri dengan melakukan perkara yang tidak elok. Dengan ini, inshaAllah Allah akan melancarkan rezeki baginya.
Wahai para suami. Cintailah isterimu. Setia dans ayangi dia yang menjadi tanggungjawabmu. Engkau telah menerima tanggungjawab dari ayahnya saat menikahinya dan kelak di akhirat engaku akan ditanya Allah tentangnya. Pada detik engkau memperlakukan wanitamu dengan penuh syukur maka perbaikan rezekimu dimulai.