Perempuan obses sangat nak kurus. Salah satu azam Fiza untuk bulan March ni. Tercapai ke tidak, kita tunggu je keputusannya nanti. Kalau kurus cantik katanya. Itu mentaliti kita orang perempuan. Betul tak? Tapi itu bukan fakta ye. Sebenarnya semua orang cantik je. Bukan ke ciptaan Allah itu cantik. Kurus atau sebaliknya yang penting kita sihat. Cumanya kalau kurus ni tak mudah penat, senang nak pilih saiz pakaian, kurang berisiko berpenyakit dan lain lain. Setuju tak?
Nak badan sihat dan cantik mudah je sebenarnya. Kita perlu amalkan cara hidup sihat dengan jaga pemakanan dan melakukan aktiviti riadah mengeluarkan peluh. Bila dah seimbang keduanya barulah sihat. Bagi mereka yang nak berdiet tu tapi tak tahu nak makan apa, Fiza kongsikan menu diet sihat seminggu. So, boleh rotate menu untuk setiap seminggu. Bila dah ada menu senang kita nak ikut kan. Pilih je jadual pemakanan yang sesuai dan yang mampu untuk korang buat.
Hari Pertama
Sarapan : 2 biji telur dadar (Bawang merah sebiji dan cili 2-3 hiris) Total Carbs 3.0g ++
Makan Tengahari : 2 ketul ayam goreng kunyit sederhana besar dan sawi goreng. Total Carbs 3.0g ++
Makan Malam : 1 ekor ikan kembung bakar + sambal. Total Carbs 12g ++
Total Carbs : 18g
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Keempat
Hari Kelima
Hari Keenam
Hari Ketujuh
Hari Kedua
Sarapan : 2 biji telur mata. Total Carbs 1.1g ++
Makan Tengahari : 1 ekor ikan goreng + bayam goreng + sup kosong. Total Carbs 3.0g ++
Makan Malam : Udang goreng salad +mayonis resepi barat 1. Total Carbs 5g ++
Total Carbs : 8g
Hari Ketiga
Sarapan : 3 sosej goreng.
Makan Tengahari : Ayam goreng + telur mata goreng + sup sayur campur 1 mangkuk kecil. Total Carbs 5g
Makan Malam : Ikan tongkol goreng + kobis goreng . Total Carbs 7g
Total Carbs : 14.1g
Hari Keempat
Sarapan : 1 biji telur rebus + 2 sosej goreng. Total Carbs 1.4g
Makan Tengahari : Ikan bakar bersambal + Kangkung goreng. Total Carbs 10g ++
Makan Malam : Butter prawn salad + mayonis sedikit sos garlic Nando's. Total Carbs 4g ++
Total Carbs : 15.4g ++
Hari Kelima
Sarapan : Murtabak Sardin. Total Carbs 2g
Makan Tengahari : Ayam panggang + 1/2 tauhu jepun goreng telur tanpa kuah + salad + Timun kecil. Total Carbs 7g
Makan Malam : Sup daging carrot 2 inci dipotong². Total Carbs 10g ++
Total Carbs : 19g ++
Hari Keenam
Sarapan : 2 biji telur dadar kosong. Total Carbs 0g
Makan Tengahari : Tomyam campur. Total Carbs 7g
Makan Malam : Telur hancur + 2 sosej. Total Carbs 1.4g
Total Carbs : 12.4g ++
Hari Ketujuh
Sarapan : Sup Telur. Total Carbs 5g
Makan Tengahari : Ayam panggang(bahagian dada tiada lemak). Total Carbs 5g
Makan Malam : Ayam goreng kunyit + sup bayam. Total Carbs 6g ++
Total Carbs : 16g ++
Kalau tak nak dengan menu 7 hari seminggu di atas ni, korang boleh cuba beberapa menu diet sihat seminggu di bawah ni. Pilih je mana yang korang rasa mudah nak sediakan. Yang penting kalau menu bergoreng tu pastikan digoreng tanpa minyak menggunakan kuali yang tidak melekat ye. Kalau bergoreng dengan minyak bukan namanya diet. Minyak salah satu perosak diet.
Sumber dari Fanpage Menu Diet Sihat Untuk Kurus |