Selamat berhujung minggu semua. Hari ni aktiviti utama pergi ke jemputan kahwin kawan encik suami. Dalam cabaran kurus Fiza terpaksalah cheat day untuk hari ni. Sesekali takpe kan langgar pantang. Nak kurus ni bukan senang ye. Yang penting jiwa kena kental dan disiplin bab makan perlu di jaga juga. Selain elakkan makan makanan berminyak, manis dan kurangkan pengambilan garam. Kita perlu juga kuatkan tulang kita.
Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang adalah sayur sayuran dan kekacang. Untuk mereka yang kurang suka sayur lebih baik mulai sekarang mula suka dan jatuh cinta dengan sayur. Ada sesetengah makanan yang bagus untuk kuatkan tulang kita seperti brokoli, bayam, sawi bok choy, kale, mustard greens, sesame seeds dan kacang almonds.
Makan sayur dan kekacang ni alternatif untuk mereka yang tak minum susu untuk kuatkan tulang tu. Kalau jenis tak minum susu dan tak makan sayur atau kacang tak tahulah nak kata apa lagi. Kadang-kadang untuk jadi lebih sihat terpaksa melatih diri untuk suka dengan apa yang kita tak suka. Betul tak? Beauty is pain. Tapi bila dah nampak hasilnya mesti korang akan terus amalkan gaya hidup yang sihat dengan betul.
Semua sayur dan kekacang ni Fiza suka makan sebab Fiza sejenis manusia suka sayur. Kalau boleh lepas masak sayur terus nak makan sayur je. Makan tanpa nasi pun boleh. Boleh kenyang cepat dan encik suami pun suka kalau Fiza masak sayur lebih. Lepas ni kena selalu beli sayur dan kekacang. Tapi almonds tu sekali sekala je boleh sebab harganya agak mahal juga. Apapun untuk pengambilan makanan yang sihat, kita perlu rancang membeli bahan-bahan suapaya boleh makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kalau terlebih makan takut lain pula kesannya nanti.
Memandangkan harga barang pun makin naik, Jadi kita makanlah makanan yang sayur sayuran lebih sebab lebih murah dan lebih sihat. Untuk mereka nak kurus dan fit, Jom kita bakar kalori dengan pelbagai cabaran terutamanya pengambilan makanan seimbang yang betul.
Credit : Fanpage Kevin Zahari