Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Resepi Sotong Sumbat

$
0
0
Sebelum taip entri panjang-panjang, maafkan Fiza kalau akhir-akhir ni banyak entri dan post berkaitan tentang makanan. Sila ambil dari sudut positif. Bukan nak buat terliur ke apa cuma nak buat kau orang jadi rajin untuk memasak kalau teringin apa yang Fiza masak sebab Fiza akan kongsikan resepi dalam blog. Yang penting kau orang rajin nak buat. Kalau malas tak dapat apa lah ye.

Atas permintaan beberapa orang, Fiza kongsikan resepi sotong sumbat versi citarasa Fiza sebab Fiza tengok ada bermacam versi dan cara masakan. Ada juga sotong sumbat kuah percik yang putih tu. Fiza suka masak yang simple-simple je menggunakan bahan yang ada. Jadilah versi sotong sumbat versi kuah sambal bali. Nak buat sambal merah macam biasa pun boleh tapi Fiza nak kelainan sikit buat versi sambal bali tu.

Kau orang mesti tahu resepi ayam sambal bali yang tular suatu ketika dahulu kan. Kuah sambal tu Fiza buat versi sambal ayam bali. 

Bahan-bahan sumbat

( Bahan-bahan sumbat ni bergantung berapa banyak sotong)
Udang
Daun Sup
Bawang putih
Bawang Merah
1 sudu blackpepper
 Telur
Lada sulah
Cili besar 

Cara masak bahan sumbat

1. Udang, daun sup, bawang putih, bawang merah da cili merah dipotong kecil-kecil dan satukan bersama blackpepper dan lada sulah sebagai perasa dalam satu mangkuk. 
2. Pecahkan telur dalam mangkuk yang sama kemudian kacau.
3. Kalau untuk diet : gunakan kuali non stick tanpa minyak dan buat macam telur hancur.
 Atau boleh gunakan 1 sudu minyak zaitun untuk buat telur hancur.
4. Dah masak telur hancur, ketepikan dan biarkan sejuk.

Bahan-Bahan Sambal

Sotong ( gunakan sotong yang besar sebab senang nak sumbatkan bahan)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
1 batang serai
2 tangkai daun kari
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
secubit garam
2 sudu minyak masak atau minyak zaitun
1 sudu madu ( kalau takde gantikan dengan gula 1 sudu)

Cara Masak

1. Sumbatkan dahulu bahan sumbat yang dah siap tadi ke dalam sotong kemudian ketepikan dahulu. Pinkan dengan menggunakan lidi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan daun kari kemudian di ikuti dengan bawang putih dan bawang merah di cincang halus.
3. Setelah naik bau masukkan cili kisar dan biarkan garing seketika
4. Masukkan garam, madu, sos tiram dan kicap manis.
5. Masukkan sotong yang telah disumbat tadi dan biarkan masak. Siap!

Senang je kan? Nampak je macam banyak bahan dan cara yang macam panjang tapi kalau dah biasa masak akan jadi senang. Selamat mencuba! 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles