Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kudap Kudapan Signature Snack

$
0
0
Masa tengah diet ni buat entri makanan yang pendiet kena jauhkan rasa sangat mencabar nafsu makan betul. Kudap-kudapan manis-manis memang kena tolak awal. Kebetulan masa dapat Signature Snack dalam Lazada Supri5e Box bulan lepas Fiza belum serius untuk diet lagi. Jadi, dapatlah merasa makan pelbagai jenis kudapan dari Signature Snack ni.

Sebenarnya pertama kali dengar dan tahu tentang kewujudan Signature Snack. Untung juga dapat signature snack sebab dapat 3 jenis snack yang sedap-sedap iaitu Salted Vanilla Cashew Crumble, Cranberry Almond Cruncher dan Milo Gula Melaka Cashew Granola. Pertama kali juga rasa kudap kudapan yang sedap dan sedikit unik setiap satunya sebab menggabungkan pelbagai jenis kekacang dan bahan lain. Premium snack lah katakan.

Salted Vanilla Cashew Crumble

Nama je salted tapi tak masin pun. Mungkin salted yang di maksudkan tu ada letak garam. Rasanya cukup rasa sedap. Antara 3 jenis kudapan ni Fiza paling suka yang ini sebab rasanya memang sedap. Gabungan separuh cashew memang padan dengan separuh lagi biskut perisa vanilla tu. Sedap yang amat. Rasa satu mesti nak habiskan terus. Seriously. Tengok husband makan pun sedar-sedar nak habis. Sedap punya pasal.

Cranberry Almond Cruncher

Yang ini Fiza suka juga sebab Fiza suka kacang almond tu. Kacang almond letak dalam apa pun mesti sedap. Tak pernah tak sedap. Rupa paras cranberry almond cruncher ni gabungan daripada kacang almond, cranberry dan juga blackcurrent. Sedap dan tak manis sangat. Sedap mengunyah.



Milo Gula Melaka Cashew Granola

Wow sangat dia punya nama snack kan. Paling teruja nak cuba yang ini sebab macam menarik je gabungan semua bahan tu. Fiza fikir mesti manis sangat sebab ada milo dan gula melaka tu. Tapi tak manis sangat-sangat pun. Yang suka perasa milo tu cuba rasa gerenti kau orang suka. Yang lecehnya nak makan snack ni sebab dia tak betul-betul crumble. Jadinya banyak habuk-habuk yang ada kena makan guna sudu. Pun boleh.

Bukan setakat 3 jenis ni je ada, ada pelbagai jenis lagi kudapan dari Signature Snack ni. Kalau tengok semuanya jenis kekacang dan biskut yang sedap. 

No Preservative
No Artificial Colouring, Sweetener & Flavouring 
100% Natural Ingredients
No Added Sugar
Non-GMO
Freshly Baked

Untuk pembelian, klik link di bawah



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles