Bertemu lagi dalam entri resepi menu diet. Resepi yang mudah-mudah je. Baru lah kau orang senang nak buat nanti. Fiza pun ambil yang mudah dari dapur eat clean. Menu ayam kukus halia sesuai untuk makan malam. Sangat sesuai untuk mereka yang amalkan diet dan pada mereka yang tak amalkan diet pun boleh cuba kalau mahu. Cuma kalau yang bukan pendiet tu perlu tambah garam sikit untuk lagi sedap. yang diet tu cukup sekadar bahan yang perlu sahaja ye.
Bahan-bahan
100gm dada ayam-dipotong kecil
Brokoli-dipotong kecil
1 inci halia
2 sudu kecil lada hitam
Cara Membuat
1. Kukus ayam, halia bersama lada hitam terlebih dulu
2. Apabila ayam hampir masak, masukkan brokoli dan biarkan masak.
Mudah sangat kan cara nak masak ayam kukus halia ni. Biasanya untuk menu diet ni, Fiza akan perap dulu. Nanti nak masak cuma tinggal keluarkan dan masak samada nak kukus, bakar dan rebus. sangat menjimatkan masa tak renyah. Cuma kau orang kena bertabah makan masakan tanpa garam. Nasib baik ada black pepper pun penyedap rasa.
Kukus adalah sejenis cara memasak bahan makanan dengan menggunakan wap dimana bahagian bawah berisi air dan bahan makanan diletakkan di bahagian lapisan atas. Dengan menggunakan kaedah kukus dapat mempertahankan rasa, warna, dan kandungan gizi dalam makanan yang dimasak (vitamin) tidak hilang kerana larut dalam air. Mengukus adalah cara memasak terbaik untuk mereka yang mahukan makanan yang berkhasiat.
Jadi, mulai sekarang kalau nak turunkan berat badan gunakan kaedah memasak cara kukus je. Lagipun lebih mudah tak perlu nak menumis bagai. Bahan-bahan pun sikit je. Masak pun cepat. Sedap pun sedap. Betul tak? Cuma nak tak nak je la. Apapun nak diet kena bertekad dan jiwa kental hadapi dugaan makanan sedap yang lain. Kalau dalam seminggu dah biasa, inshaAllah akan datang pasti tak tergoda dengan makanan sedap yang berlemak, bergoreng semua tu. Tapi sesekali cheat day kira boleh lah kan. Bukan apa, kadang-kadang tekak teringin juga makan sedap-sedap. Lepas tu hapuskan lemak dengan bakar kalori.
Kredit resepi : Dapur Eat Clean Aizat Razak, Fatin Ayuni dan Khairul Azuan
Kredit resepi : Dapur Eat Clean Aizat Razak, Fatin Ayuni dan Khairul Azuan