Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Sarapan Pagi Yang Mudah dan Berkhasiat

$
0
0
Selamat pagi sabtu! Kemana kau orang semua hari sabtu ni. Masih sibuk agaknya hujung minggu dengan jemputan kahwin sana-sini. Untunglah dapat makan nasi minyak setiap minggu. Tapi kadang-kadang ada juga kenduri nasi putih biasa kan. Bagus ada pilihan macam tu. Bukan semua orang makan nasi minyak. Yang berdiet macam Fiza amalkan makan nasi segenggam sahaja ye. 

Kemain berpesan pada orang. Diri sendiri kadang-kadang terlepas segenggam lebih dalam pinggan. Hehe... Tapi jangan sesekali skip sarapan pagi sebab kalau lapar teruk nanti ada potensi nak makan banyak tengahari nanti. Jadi, jangan skip sarapan walaupun sekadar air kosong dan roti sekeping.

Kalau kau orang takde masa nak sediakan sarapan pagi, apakata gunakan kaedah yang paling cepat dengan sediakan stok sarapan paling mudah dan berkhasiat. Sama ada oat ataupun nestum. Tinggal masukkan air panas, kacau dan sedia untuk dihidang. Sangat mudah dan cepat. Kenyang pun kenyang.

Sedia maklum kita tahu yang oat sangat bagus untuk sarapan. Oat dapat membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama disebabkan oat mempunyai kadar serat yang tinggi. Dalam masa yang sama dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan jika di amil pada kadar yang disarankan. Yang terbaru keluaran nestle adalah Omega Plus Milk With Oat. Rasa susu dengan oat memang sedap. Kurang manis semestinya.




Dibuat daripada pisang sebenar bukan perisa tiruan. Rasanya pisang tu memang terasa dan sedap! Katanya Nestum Banana ni limited edition. Jadi, kalau nak rasa kau orang kena beli cepat sebelum kehabisan stok di Lazada sebab Fiza tengok banyak juga barang yang dah sold out gara-gara jualan murah sebelum ni. Masing-masing shopping sakan nampaknya.
Nutritious bananas are power-packed with potassium 
A touch of luscious caramel that make it irresistibly invigarating!
Complete with wholesome fibre from wheat, corn and rice!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles