Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Wi-Fi Router TP-Link Murah

$
0
0
Orang kata kalau benda nak jadi memang kita tak boleh nak duga. Memang ada hikmah setiap apa yang berlaku. Nak di jadikan cerita minggu lepas kami orang keluar rumah balik kampung husband kejap tanpa off komputer sebab tengah download. Kononnya balik nanti dah siap lah apa yang di download tu tapi lain pula yang jadi. Balik kampung dalam 3 jam lebih je tak lama.

Balik dari kampung, masuk je dalam rumah terus on kipas tapi tak bergerak pun. Dah agak yang suis utama mesti switch down bila hujan lebat kilat petir. Mungkinlah hujan lebat masa kami orang takde kat rumah. Lepas tu perasan yang internet takde. Modem pun tak menyala padahal dah on. Sah lah tu terbakar. Splitter dengan kabel internet serta port LAN on board pun terbakar sama. Makanya tanpa internet lah kat rumah selama beberapa jam. Tunggu esoknya baru beli modem baru. Kali ni husband beli Wi- Fi Modem Router TP-Link lebih murah katanya.


Nasib baik juga ada LAN card pada PC lama, so takde lah kene beli baru benda tu. Sebelum ni guna brand ASUS, lepas tu tukar TP-Link lebih murah sebab masa tu ada promo dengan harga dari murah dari biasa, iaitu RM119 untuk jenis kelajuan wireless 300Mbps. Tambahan pulak, modem TP-Link ini ada extra protection dari kena kilat (6000V), selain itu external splitter dan kabel line telefon juga disertakan bersama di dalam kotak tersebut. Sedangkan ASUS yang mahal harga tu takde pun extra protection kilat harga dah RM26+.++. Speed pun sama je 300Mbps. 


Harap-harap lepas ni takde dah kejadian ni berulang lagi. Tapi, apa-apa pun kena ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian modem terkena panahan petir berlaku lagi. Caranya dengan tanggalkan plug modem dan juga kabel yang bersambung dengan talian telefon apabila keluar dari rumah. Sekiranya terdengar dentuman gurun dan petir dilangit, cepat-cepatlah  kau orang switch off kan modem serta tanggal plug dan line telefon sebelum apa-apa terjadi pada modem anda. Terbakar lagi tak tahu nak kata apa dah. Kena beli yang mahal dan lebih bagus lagi agaknya.

Bila dah pakai modem baru ni, macam terasa slow pulak internet  ni. Lebih-lebih lagi bila buka hyppTV, asyik loading serta kualiti gambar yang dipaparkan tidak berapa memuaskan. Ikutkan dah betul dah setting modem baru ni, tak tau lah kalau line streamyx ni tak berapa nak ok sekarang. Rasa macam antenna wifi dari ASUS tu lagi power lah pula berbanding dengan TP-Link ni, rasa nak beli modem baru yang lima tiang antenna tu lah pulak baru puas hati. Berapa pula harganya? Hikmah kejadian yang berlaku adalah dapat modem baru dan lepas ni sebelum keluar rumah off kan apa yang patut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles