Selamat pagi kalian semua. Salam jumaat. Kau orang semua sarapan apa pagi ni? Untuk menu diet breakfast paling senang buat roti panggang telur putih bersama bawang. Kalau malas nak letak bawang, celup dengan putih telur dan taburkan lada sulah je. Tak ambil masa yang lama pun untuk buat 2 keping roti panggang putih telur. Untuk hidangan seorang hanya 2 keping roti wholemeal.
Untuk menu diet pantang ada telur kuning sebab kolestrol tinggi. Jadi, pastikan telur putih tak bercampur dengan telur kuning ye. Roti pula wajib guna roti wholemeal. Sebabnya kau orang boleh baca kat bawah ni.

Roti wholegrain/ Tinggi Serat
Roti yang tinggi serat mempunyai tekstur yang agak kasar dan tidak bewarna putih. Roti jenis ini membantu memberikan tambahan serat dalam hidangan seharian kita dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Ia juga bagus dalam membantu sistem pelawasan.-Dapur eat clean
Telur adalah sumber protein yang baik. Pengambilan protein dapat meningkatkan metabolisme dan kadar pertumbuhan otot dalam badan. Untuk pesakit yang mempunyai aras kolestro; yang tinggi perlu menghadkan pengambilan telur kuning keran mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi.-Dapur Eat clean
Bahan-bahan
2 keping roti wholegrain
2 biji putih telur
2 sudu serbuk lada sulah
1 biji bawang besar- dipotong
Salad
Cara Membuat
1. Pukul putih telur, masukkan bawang dan serbuk lada sulah.
2. Ambil roti dan celupkan. Kemudian masak atas pan grill.
Caranya sama macam buat roti telur tu je. Cuma bezanya guna putih telur dan taburkan lada sulah je. Semua orang pandai nak buat kan. Orang tak diet pun boleh buat jadikan sarapan pagi kalau nak cepat dan senang. Gunakan non stick pan dan panggang tanpa minyak. Tersangatlah mudah. Tiada alasan untuk cakap takde masa nak buat sarapan ataupun alasan tak sempat nak sarapan. Jangan skip skip okay. Sila tepati waktu makan untuk gaya hidup yang sihat. Penat dah ulang-ulang ayat ni. Selamat menjamu selera. Hidangkan bersama green tea tanpa gula atau kopi o tanpa gula.

Kredit resepi : Dapur Eat Clean Aizat Razak, Fatin Ayuni dan Khairul Azuan