Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Koleksi Pokok Sirih Gading

$
0
0
Selamat pagi! Seharian semalam Fiza tak update sebarang entri. Kepenatan dek melayan kemeriah konvokesyen anak buah di UiTM Shah Alam. Masa itulah nak mengimbas mengenang kembali zaman konvokesyen di tempat yang sama. Semalam pula cuaca sangat panas, memang berkuah ketiak menunggu di luar dewan sampai habis. Sessi petang pula tu kan. Takpelah, bukan selalu merasa suasana konvo. Haruslah meraikan mereka yang dah berjaya menjadi graduan. Tahniah semua!

Bercakap pasal cuaca, baru-baru ni cuaca sangat tak menentu kejap panas dan kejap hujan. Dan bila musim panas untuk mengurangkan panas dalam rumah, adalah baiknya kita tanam pokok sirih gading. Tak perlu tanah, masukkan je dalam bekas air kerana air akan menyerap wap-wap panas. Tak pasti fakta atau apa. Tapi itu dari apa yang Fiza pernah baca dari artikel mana pun Fiza dah lupa. Kalau ada yang pernah terbaca, silalhah kongsikan fakta tersebut dalam kotak komen.

Selain itu, pokok sirih Gading merupakan tanaman yang bagus untuk membersihkan udara. Fiza pernah update entri berkaitan pokok gading sebelum ini. Boleh klik pada link di yang Fiza dah bold kan. 
Pokok Sirih gading atau nama lainnya Golden Pothos @ Devils Ivy @ Plant Scindapsus Aureus. Pokok yang paling mudah untuk ditanam dan cepat membesar. Fungsinya menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain. Sangat cantik dijadikan perhiasan dalam rumah.
Pokok Sirih Gading antara tanaman yang senang nak jaga. Fiza paling suka letak dalam air je. Tak perlu fikir nak siram ke apa. Dari satu pokok dah berpokok-pokok dah. Disebabkan itu, mulalah mencari bekas pasu kaca untuk letak pokok sirih gading. Pokok yang sama tapi bekas pasu kaca yang berbeza. Bolehlah buat perhiasan dan letakkan di tempat yang sesuai dengan pasu yang sesuai.


Bekas kaca bulat tu Fiza beli di Mr. DIY RM11.90 kalau tak silap sebab dah lama beli. Yang 3 lagi beli di IKEA murah-murah saja, dari kiri RM9.90, RM3.90 dan RM7.90. Cantik memang cantik tapi kena pastikan bekas air tu tidak dijadikan tempat pembiakan nyamuk. Jangan lupa letakkan ubat jentik-jentik atau garam. Naya je kalau ade jentik-jentik. Selain kena saman, dapat penyakit pula. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles