Selamat pagi semua. Dua hari sunyi sepi blog Fiza, baru hari ni Fiza muncul update entri. Ini semua gara-gara kekangan idea yang tak berapa nak ada. Jadi, kalau ada idea, terus je update dari dibiarkan sunyi terus. Jadi, pagi ni Fiza update entri DIY Ice Cube Tomato Mask dicampur dengan madu dan juga lemon. Boleh tak kalau Fiza cakap sebenarnya Fiza tak tahu nak sebut mask atau scrub entah. Mana-mana boleh lah ye janji manfaat tomato bagus untuk kulit muka.
DIY tomato mask dah tular juga di media sosial sebelum ni cuma Fiza tak berkesempatan nak buat. Bila ada masa percuma, baru lah terhegeh-hegeh nak mencuba. Lagipun sekarang musim panas, nak melembapkan muka dan menjaga kulit muka, cubalah mask buatan sendiri menggunakan bahan semula jadi.
Disebabkan tak berapa nak rajin nak buat DIY selalu, lebih baik kita gunakan kaedah dengan menjadikan bahan masker dalam bentuk kiub ais. Jadi, bila nak pakai mask dah siap sedia. Tak perlu berleceh bagai buat mask. Menjimatkan masa dan sangat memudahkan. Nak mencuci muka hari-hari dengan tomato pun boleh.
Kalau kau orang nak tahu, banyak manfaat daripada tomato ni untuk kecantikan kulit selain digunakan dalam masakan. Kos pun tidaklah begitu mahal dan nak menyediakannya pun mudah sahaja. Antara kelebihan menggunakan tomato dalam kecantikan adalah mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, mengecilkan liang pori kulit muka dan mengatasi kulit kering.
Cara Menggunakan Kiub Ais.
Oleskan kiub ais tomato pada muka dan biarkan kering sehingga 20-30 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air suam. Lakukan 2 kali seminggu dan hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin. Selain itu dapat menyerap lebihan minyak pada muka dan menyejukkan kulit. Rutin ini perlu di lakukan secara konsisten barulah berhasil.
Untuk menghilangkan lingkaran bawah mata atau lebih dikenali sebagai eye bag, hanya perlu lekapkan hirisan tomato bersama yogurt asli dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas.
Selain untuk kecantikan, tomato juga dikatakan membantu menyingkirkan lemak di dalam badan. Caranya dengan mengamalkan minum jus 2 biji buah tomato sebagai minuman harian setiap pagi sebelum makan makanan berat dan perlu di ambil secara konsisten juga. Ini kerana jus tersebut akan membuatkan rasa kenyang dan mengelakkan makan banyak selepas itu.
Jangan tak percaya, tomato juga mampu merawat masalah rambut yang kering dan bercabang. Juga boleh mengatasi masalah kelemumur. Untuk rambut yang kering dan bercabang hanya perlu lumurkan rambut dengan jus tomato dan balut rambut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Bagi yang mempunyai masalah kelemumur, lenyek tomato dan sapukan pada bahagian kulit kepala. Sama juga perlu biarkan 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.
Cara buat tomato mask untuk muka
1. Beberapa biji buah tomato +1 sudu lemon + 1 sudu madu
2. Potong tomato dan campurkan semua bahan kemudian blend.
3. Masukkan adunan dalam bekas acuan ais dan guna setelah menjadi kiub ais.
Banyak khasiat tomato ni kalau di kaji dan dibaca lagi. Cukuplah secara am Fiza kongsikan. Kalau kau orang ada masalah-masalah yang disebutkan di atas silalah cuba dulu. Mana tahu berkesan, dah boleh jimat dah beli produk mahal. Kadang-kadang petua dan bahan semulajadi juga berkesan merawat masalah kulit ni. Kalau dah gunakan bahan semulajadi, kau orang jangan fikir kesannya cepat ye. Untuk nampak hasilnya kena gunakan secara konsisten dan mengambil masa.