Ye, memang susah nak setia pada satu template dan design blog untuk selamanya. Paling tidak pun Fiza akan bertukar setahun sekali untuk berikan mood dan semangat baru pada blog. Walaupun Fiza boleh design blog akan tetapi tidaklah kerap tukar template blog. Tahukah kau orang kesan akibat daripada bertukar template blog? Fiza kongsikan sedikit pengalaman Fiza yang baru-baru ni baru tukar template blog. Ada yang perasan tak? Ke tak perasan sebab lebih kurang sama dengan template sebelumnya.
Blog Fiza masih mengekalkan warna merah jambu barulah selari dengan nama blog dan masih menggunakan template blog yang minimal. Nak tahu apa kesannya selepas Fiza bertukar template blog. Baca bawah ni.
1. Trafik Blog Blogspot Menurun Secara Mendadak
Selepas Fiza bertukar template baru, secara automatik dan secara drastiknya trafik blog yang setiap hari berpuluh ribu menjadi ribu-ribu je setiap hari. Dasyat sungguh kadar penurunan trafik tu. Mungkin ambil masa untuk kembali kepada trafik yang sebelumnya. Rasa macam kena bermula dari bawah pula. Tapi takpelah, nak berjaya memang kena bermula dari bawah. Walaupun sekadar trafik blog dari dashboard blogspot ni tak memberi jumlah yang tepat tapi ada kesan juga kepada semangat nak menulis tu. Kurang semangat kalau tengok jumlah mengecil je.
2. Trafik blog google analytics Naik secara konsisten
Walaupun jumlah trafik blogspot menyedihkan akan tetapi berdasarkan kiraan yang lebih tepat melalui google analytics memberikan semangat semula sebab trafik blog semakin meningkat dari hari ke hari. Seronok tengok perubahan trafik meningkat.
3. Jumlah Bounce Rate Mengecil
Bila trafik meningkat, makanya jumlah bounce rate makin mengecil. Bayangkan sebelum ni kalau guna template lama bounce rate 8+.++% susah sangat nak mengecil. Tapi sejak tukar template baru ni terus bounce rate jadi 14.++ %. Kalau dapat kecilkan lagi jumlah tu bawah 10 lagi bagus.
Itu antara yang Fiza perasan selama seminggu lebih menggunakan template baru yang responsive dan mesra SEO beli dari etsy. Apapun semuanya bergantung pada jenis template yang kau orang gunakan. Template sebelum ni dah okay sebenarnya. Beli mahal pula tu tapi sayang ada masalah tak boleh nak letak iklan google adsense. Demi kerana nak applygoogle adsense, Fiza ambil keputusan untuk tukar template. Alhamdulillah tiada masalah dengan iklan cuma menantikan jawapan positif dari google adsense. Harap-harap permohonan kali ini diterima. Terpaksa puasa sekejap dari iklan nuffnang dan innity. Kalau masih belum ada rezeki, kena fikir dulu nak teruskan letak nuffnang dan innity atau tidak sebab Fiza perhati earnings makin semput.
Sebenarnya setiap template tu ada kesan baik dan buruknya kepada performance blog. Kena bijak memilih. Tapi kalau macam Fiza ni lebih memandang kepada template cantik je sebab nak hadap hari-hari. Soal performance macam kurang ambil kisah je. Tapi kalau ada masalah, tahu pula nak tukar template blog kan. Well, yang simple je lagi bagus. Sesuai untuk semua pembaca. Tapi kalau yang tak suka warna merah jambu tu tak boleh nak kata apa lah.