Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Ulam Pucuk Ubi Rebus dan Sambal Belacan Kampung

$
0
0
Kalau dah nama penggemar sayur, memang pantang nampak ulam-ulam. Nampak sayur yang boleh dibuat ulam, terus teringat sambal belacan. Apalah maknanya ulam tanpa sambal belacan. Mana boleh berpisah! 

Balik kampung tak sah kalau tak tanya "Pucuk ubi ada tak?". Kalau dengar jawapan ada, terus rasa tak sabar nak makan. Dasyat juga penangan pucuk ubi ni dalam hidup Fiza. Untuk husband Fiza yang tak makan sambal belacan, redha je layan pucuk ubi rebus kosong dengan lauk lain. Bertuah dapat husband yang tak pernah cerewet soal makan cuma jangan masak makanan yang dia tak makan sudahlah. 



Ada orang lebih suka makan pucuk ubi goreng tapi Fiza lebih suka dengan rasa asli pucuk ubi dengan merebus sahaja dijadikan ulam makan dengan sambal belacan yang sedap ni. Rebus kosong dengan air je tanpa garam. Kalau sambal belacan kampung, Fiza lebih suka sambal belacan yang ditumbuk. Kalau balik bandar, buat sambal belacan moden je untuk stok hari-hari makan.
Gunakan cili api merah sahaja untuk hasilkan sambal belacan yang cukup pedas yang mampu memberikan kesan mungil pada bibir selepas makan macam angelina jolie. Tumbuk cili api merah macam biasa menggunakan lesung batu. Bila dah lumat masukkan 1 inci belacan dan tumbuk lagi sampai sebati. Last sekali letakkan 2 biji asam belimbing buluh yang masak (berwarna kuning). Kalau belimbing tak masak, kau orang rebus dulu sampai lembik dan tumbuk perlahan-lahan dengan cili api dalam lesung batu tadi. Jangan tumbuk kuat-kuat sebab asam belimbing tu berair, kalau kau orang tumbuk laju-laju tak pasal-pasal terpercik dalam mata terus menangis hilang selera nak makan sambal belacan sedap tu. 



Kalau takde asam belimbing buluh, boleh juga perahkan limau kasturi selepas tumbuk cili dengan belacan tu. Tapi Fiza rasa, letak asam belimbing buluh lagi sedap untuk sambal belacan versi kampung. Kalau balik kampung ada pucuk ubi rebus dan sambal belacan ni memang boleh buat bertambah selera makan nasi.

Citarasa kau orang macamana pula? Ke tak makan sambal belacan? Orang kampung tak makan sambal belacan bukan orang kampung namanya. Eh, jangan terasa pula ye. Ikut suka lah nak makan atau tidak, selera masing-masing gitu. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles