Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cendawan Busut Masak Air

$
0
0
Salah satu menu masakan lauk kampung yang Fiza suka adalah cendawan busut masak air. Cendawan busut ni payah nak dapat kecuali pada musim hujan. Biasanya cendawan busut tumbuh liar di kawasan kebun getah dan sawit. Rezeki Fiza berbuka puasa di kampung hari tu dapat makan cendawan busut yang rare ni.
Cendawan busut akan tumbuh  selepas hujan dalam cuaca agak lembab dan ada busut dari koloni anai-anai berdekatan. Kebanyakkannya cendawan busut ni tumbuh di atas busut anai-anai atau sekitarnya dan menghasilkan bau atau aroma yang kuat. Sebab itulah di panggil cendawan busut.
Biasanya kalau dapat cendawan busut di kebun, mak Fiza akan masak air je. Lebih sedap dan lebih original rasa cendawan tu. Kalu hirup kuahnya memang berasa rasa cendawan tu. Siapa duduk kampung dan pernah rasa cendawan busut ni, tahulah rasa sedap dia macamana.



Kena hati-hati juga nak makan cendawan busut ni disebabkan ianya tumbuh meliar tanpa jagaan rapi dan tanpa racun ada kalanya terdapat ulat-ulat kecil dalam cendawan ni. Jadi, kena basuh bersih-bersih sebelum memasak. Paling penting, jangan di makan mentah kerana dikhuatiri beracun.

Cendawan busut ni rasanya manis, lembut dan bau wangi bila masak. Kalau hadap sorang ni boleh habis macam makan sup cendawan.

Untuk tidak menghilangkan rasa sebenar cendawan busut ni, cara masak mak Fiza cuma didihkan air secukupnya dalam periuk bersama  daun kunyit, garam dan cili merah besar yang telah dipotong. Bila air dah mendidih masukkan cendawan busut yang telah di basuh bersih. Biarkan masak dan siap untuk di makan. Itulah cara tradisional orang zaman dulu memasak. Mudah dan sedap.

Seronok kalau musim hujan dapat makan selalu. Tapi tak selalu sangat sebab cendawan ni tumbuh secara berkelompok di satu tempat je. Kalau ada orang jual di pasar pun, gerenti mahal sebab cendawan busut ni antara spesis cendawan yang bermusim dan sukar di cari. Sekali dapat makan, memang rasa tak cukup. Itulah kata-kata dari seorang penggemar sayur cendawan yang bernama Fiza.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles