Hari raya nak dekat dah ni oii. Mesti kau orang dah tak sabar-sabar nak tunggu habis kerja nak berdesup balik kampung bercuti hari raya. Betul tak? Hati dah meronta-ronta mengira jam" Bilalah nak balik ni?". Bawa-bawa bersabar dan bertenang ye. Kalau balik kampung terus lepas waktu kerja ni, Fiza confirm kau orang akan hadap jammed teruk atas jalan raya. Di jangkakan traffik jalan raya super sesak 22 Jun dan 23 Jun. Eloklah kau orang rancang perjalanan balik kampung mengikut masa yang terbaik supaya tak buang masa atas jalan hadap jammed dan supaya kau orang tak penat serta menghadapi stress. Satu lagi nak pesan, tak payah nak bawa laju sangat. Biar lambat asal selamat. Kampung kau orang tak lari ke mana pun.
Selain traffik jalan raya sesak, semua kedai, butik, bazaar dan kedai-kedai yang berkaitan dengan persiapan raya juga gerenti sesak dengan orang ramai yang membeli untuk persiapan akhir menjelang hari raya. Masa ni lah dapatlah kau orang beli baju raya jual murah-murah, kuih raya murah-murah dan masa ni juga stok barang dapur pun banyak dah habis. Untuk barang dapur memang kena beli awal pagi, kalau beli petang-petang memang takde lah jawabnya. Macamana persiapan akhir Fiza untuk raya ni biasa-biasa je persiapannya.
Baju Raya
Persiapan yang paling penting sekali baju raya. Baju raya Fiza dah beli awal bulan puasa hari tu. Baju husband baru sempat beli 2 hari lepas. Syukur dapat warna sedondon lebih kurang. Baju melayu tak leceh sangat nak mencari sebab baju lelaki tak banyak fesyen macam baju perempuan. Sebab tu baju Fiza beli online je lebih mudah. Settle sepersalinan baju suami isteri. Cuma isteri lebih sikit ada handbag dan kasut raya baru tahun ni.
Selesai semua benda. Masa untuk mengemas baju pula. Bab paling malas nak buat bila nak travel. Rasa nak bawa satu almari je senang. Walau teruja mana pun nak balik beraya tetap ada sedikit malas nak mengemas baju tu. kan?
Duit Raya
Duit raya jangan di lupakan juga untuk mak abah, mak abah mertua, uwan uwan sebelah husband dan juga untuk anak-anak buah. Masih mengekalkan penggunaan sampul duit raya hipster buatan sendiri.Kuih Raya
Tahun ni macam kurang sikit aura nak buat kuih raya. Memandangkan kurang beraya di rumah dan tetamu pun boleh di kira setiap tahun. Tetamu datang pun kami sediakan makanan berat. Jadi, kuih raya tu makan sendiri je habiskan. Tahun ni beli sikit je la kerepek dan kuih sikit untuk bekalan di rumah. Selebihnya bawa balik kampung je.Rumah Raya
Disebabkan tak beraya di rumah awal raya ni. Jadi, sesi mengemas rumah sempena raya akan di jalankan selepas balik raya dari kampung untuk peringkat kedua. Peringkat pertama dah selesai dah kemas biasa-biasa je.Hidangan Raya
Memandangkan beraya di kampung. Jadinya semua persiapan juadah raya di kampung aje. Biasanya mak mertua akan masak rendang ayam campur daun puding versi orang pilah untuk hidangan pagi raya pertama. Itu yang paling sodap tu. Petang raya Fiza dah berada di kampung Segamat for sure ada hidangan lemang dan rendang daging. Jadi, memasak hidangan raya ni Fiza tolong makan je.Selesai semua benda. Masa untuk mengemas baju pula. Bab paling malas nak buat bila nak travel. Rasa nak bawa satu almari je senang. Walau teruja mana pun nak balik beraya tetap ada sedikit malas nak mengemas baju tu. kan?